TGV Mesra Mall, Terengganu Laksanakan Tempat Duduk Asing Bagi Lelaki Dan Perempuan Bermula 3 September

TGV Mesra Mall, Terengganu Laksanakan Tempat Duduk Asing Bagi Lelaki Dan Perempuan Bermula 3 September

Bermula 3 September 2020, panggung wayang TGV Mesra Mall, Terengganu akan laksanakan pengasingan tempat duduk mengikut ketegori lelaki dan perempuan. Ini bermakna, di dalam hall yang sama, kaum lelaki dan perempuan akan diasingkan tempat duduk.

Pengumuman ini dibuat oleh pihak TGV Cinemas di facebook rasmi mereka baru-baru ini berdasarkan garis panduan yang telah ditetapkan oleh Majlis Perbandaran Kemaman (MPK) sendiri. Garis panduan ini sama seperti yang dikeluarkan bagi panggung wayang di Kuala Terengganu iaitu di LFS Cinemas.

TGV Mesra Mall, Terengganu Laksanakan Tempat Duduk Asing Bagi Lelaki Dan Perempuan Bermula 3 September

Selain daripada pengasingan lelaki dan perempuan, juga disediakan zon keluarga bagi mereka yang berkelauang, pasangan suami isteri atau mahram. Jadi jangan risau kalau anda datang bersama pasangan sah, masih boleh duduk sama di zon tersebut. Jadi di dalam panggung wayang, perempuan di letakkan di zon kiri (merah jambu), kanan di zon kanan (biru) dan keluarga di zon tengah (kuning).

Pengasingan Tempat Duduk Bagi Lelaki, Perempuan Dan Keluarga

Untuk maklumat sekali lagi, garis panduan ini adalah hanya di TGV Mesra Mall, Terengganu sahaja dan ianya bermula 3 September 2020. Selain itu, mengikut garis panduan daripada MPK, TGV Mesra Mall mengingatkan supaya :
  • Penonton beragama Islam hendaklah berpakaian menutup aurat
  • Penonton yang bukan beragama Islam hendaklah berpakaian sopan dengan maksud tidak terlalu ketat, jarang dan singkat
  • Penonton tidak dibenarkan membawa minuman keras.
TGV Mesra Mall, Terengganu Laksanakan Tempat Duduk Asing Bagi Lelaki Dan Perempuan Bermula 3 September

Dalam masa itu, TGV Cinemas masih mengamalkan SOP yang ditetapkan oleh pihak Kerajaan seperti penjarakan fizikal dengan jarak 1 kerusi.

Oleh itu, kepada penonton selepas ini khususnya di TGV Mesra Mall, pastikan anda duduk di kerusi dan zon yang ditetapkan mengikut jantina anda melainkan datang bersama pasangan sah atau berkeluarga atau adik beradik. Bagi pasangan yang sudah berkahwin, anda diminta untuk mengemukakan kad nikah atau dokumen yang berkaitan sebagai bukti pengesahan perkahwinan. Ada staf yang akan semak.

Untuk maklumat lanjut berkaitan garis panduan ini, anda boleh klik pautan TGV Garis Panduan ini.

Post a Comment

Previous Post Next Post