Cara Mudah Untuk Padam Semua Post Facebook Sekali Gus

Cara Mudah Untuk Padam Semua Post Facebook Sekali Gus

Anda mungkin ada post atau update status di facebook di zaman 'kegelapan' anda dahulu dan kini anda nak padam, tapi terlalu banyak. Jangan risau, ikuti langkah ini cara mudah untuk padam semua post facebook sekali gus serta pantas.

Facebook sudah berada di Malaysia sekitar 2008 lagi, mungkin ketika itu kita masih kurang matang dan banyak post perkara di 'luar kotak' ke facebook tanpa berfikir panjang. Jadi mengelakkan daripada ianya dikesan oleh rakan anda atau orang ramai (takut dapat malu), apa kata anda delete sahaja status tersebut.

Bagaimana kalau post tersebut banyak? Penat la nak delete satu-satukan dan nak cari post lama. Tapi jangan risau, sebenarnya facebook telah sediakan ciri delete post sekali gus atau secara pukal. Untuk ketahui lebih lanjut, anda boleh lihat sini cara mudah untuk padam semua post facebook sekali gus dengan pantas hanya menggunakan telefon pintar anda sahaja.

Cara Padam Post Atau Status Facebook Sekali Gus Dengan Mudah Dan Pantas

Cara ini tidak perlu menggunakan laptop pun. Anda boleh padam kesemuanya dengan hanya menggunakan aplikasi Facebook yang dimuat-turun daripada PlayStore atau AppStore. Jadi semua smartphone boleh.

1.  Pergi ke Setting, kemudian scroll ke bawah sehingga jumpa bahagian Your Facebook Information dan klik dibawahnya Activity Log

Cara Mudah Untuk Padam Semua Post Facebook Sekali Gus

2.  Kemudian klik tab Manage Activity. Pada bahagian Manage Activity, klik pada Your Post

Cara Mudah Untuk Padam Semua Post Facebook Sekali Gus

3.  Disini akan dipaparkan kesemua post facebook yang anda pernah tulis bermula daripada awal sehinggalah yang terbaru.

4.  Untuk padam atau delete, tandakan pada kotak All, jadi ianya akan pilih semua post facebook anda dan akhir sekali klik Trash 

Cara Mudah Untuk Padam Semua Post Facebook Sekali Gus

Kesemua status tersebut akan masuk ke folder trash dan akan delete secara sendiri selepas 30 hari. Dalam masa ini, anda boleh restore kembali jika anda rasa anda mahukannya kembali.

Jika anda mahu padam selamanya, klik pada tab Trash, kemudian pilih post tersebut dan akhir sekali tekan Icon Tong Sampah. Delete selamanya! Selesai! 

Harap bermanfaat!

Post a Comment

Previous Post Next Post