Ini Senarai 10 Original Filem Neflix Yang Mendapat Tontonan Tertinggi

Ini Senarai 10 Original Filem Neflix Yang Mendapat Tontonan Tertinggi

Pada beberapa minggu yang lepas, pihak Netflix telah mengeluarkan senarai 10 original filem Netflix mereka yang mendapat tontonan tertinggi setakat ini. Jadi anda boleh strim antara filem terkenal ini.

Netflix merupakan antara platform penstriman video terbesar dunia yang kini telah memasuki banyak negara termasuk Malaysia. Ianya telah di perkenalkan buat pertama kali di US pada tahun 1997 dan telah memasuki pasaran tempatan dengan Netflix Malaysia pada tahun 2016.

Netflix sebenarnya jarang keluarkan statistik berkaitan kandungan mereka tetapi kali ini mereka telah dedahkan 10 filem original Netflix yang mendapat tontonan tertinggi setakat ini. Mungkin anda boleh jangka filem seperti Bird Box dan The Irishman akan memasuki senarai, tapi apakah filem lain yang disenaraikan?

Senarai 10 Filem Original Netflix Yang Mendapat Tontonan Tertinggi

Senarai ini dikeluarkan oleh Netflix melalui pihak Bloomberg. Senarai 10 filem adalah seperti berikut :

1.  Extraction - 99 juta

2.  Bird Box - 89 juta

3.  Spenser Confidential - 85 juta

4.  6 Underground - 83 juta

5.  Murder Mystery - 73 juta

6.  The Irishman - 64 juta

7.  Triple Frontier - 63 juta

8.  The Wrong Missy - 59 juta

9.  The Platform - 56 juta

10.  The Perfect Date - 48 juta

Ini Senarai 10 Original Filem Neflix Yang Mendapat Tontonan Tertinggi

Statistik ini diambil kira dari segi berapa kali tontonan selepas ianya dikeluarkan oleh pihak Netflix. Selain itu, setiap filem itu dikira jika ianya ditonton sekurang-kurang 2 minit. Kebanyakkan filem di dalam senarai tersebut antara yang terbaru. Mungkin dalam tempoh lockdown di seluruh dunia ini, penonton lebih kerap menonton filem yang sama.

Jadi kepada mereka yang melanggan Netflix, jika anda mahu tonton antara filem original Netflix yang mendapat sambutan, anda boleh rujuka 10 filem terbaik ini.

Post a Comment

Previous Post Next Post