Ikuti Langkah Mudah Untuk Buat Facebook Avatar. Ciri Terbaru Daripada Facebook

Ikuti Langkah Mudah Untuk Buat Facebook Avatar. Ciri Terbaru Daripada Facebook

Akhirnya kini pengguna di Malaysia dapat membuat Facebook Avatar sendiri selepas ianya dilepaskan secara rasmi melalui aplikasi telefon pintar pada hari ini.

Facebook Avatar telah diperkenalkan pada awalnya di US sekitar bulan Mei yang lepas. Ketika itu, hanya beberapa negara sahaja yang menerima kemaskini terbaru tersebut. Jadi selepas beberapa bulan, barulah pengguna Malaysia dapat kemaskini ini dengan ciri terbaru ini.

Facebook Avatar merupakan ciri terbaru untuk pengguna bagi mencipta watak karton/avatar diri anda sendiri. Anda boleh cipta avatar anda untuk digunakan sama ada di facebook, instagram mahupun di whatsapp sebagai default picture anda. Ianya menyediakan pelbagai pilihan seperti bentuk muka, warna kulit, jenis rambut, pemakaian aksesori dan sebagainya. Jadi anda boleh cipta sehampir mungkin supaya ianya sama dengan diri anda sendiri.

Jadi ikuti beberapa langkah ini untuk anda buat facebook Avatar diri anda sendiri dengan hanya menggunakan telefon pintar anda sahaja.

Cara Buat Facebook Avatar Anda Sendiri Menggunakan Smartphone

Sebelum itu, pastikan aplikasi facebook anda merupakan versi terbaru iaitu sekurang-kurangnya 288.0.046.123. Anda boleh kemaskini sama ada di PlayStore atau AppStore. Jantina avatar

Kemudian anda buka aplikasi "Facebook" dan klik pada bahagian "3-Garis" dipenjuru kanan. Jika sudah jumpa, kemudian tekan "See More" dan cari "Avatars". Kemudian tekan "Next"

Ikuti Langkah Mudah Untuk Buat Facebook Avatar. Ciri Terbaru Daripada Facebook

Anda kini boleh mula buat Facebook Avatar diri anda dengan menukar pilihan anggota badan yang disediakan.

Untuk permulaan, anda perlu tetapkan "Warna Kulit". Anda bebas untuk pilih yang bersesuai dengan anda.

Kemudian barulah anda boleh siapakan sebuah avatar diri anda dengan pilihan yang disediakan. Anda boleh hidupkan "Cermin" untuk buat perbandingan semasa proses tersebut. Beberapa pilihan tersebut, anda juga boleh tentukan warna dan bentuk.

Ikuti Langkah Mudah Untuk Buat Facebook Avatar. Ciri Terbaru Daripada Facebook

Antara pilihan yang boleh diubah yang disediakan:
  1. Gaya rambut
  2. Bentuk muka
  3. Bentuk mata
  4. Bulu kening
  5. Cermin mata
  6. Hidung
  7. Pakaian
  8. Aksesori dan banyak lagi

Ikuti Langkah Mudah Untuk Buat Facebook Avatar. Ciri Terbaru Daripada Facebook

Ikuti Langkah Mudah Untuk Buat Facebook Avatar. Ciri Terbaru Daripada Facebook

Jika anda sudah berpuas hati, anda boleh klik "Done" dan anda boleh kongsikan avatar comel anda di wall facebook atau save di telefon pintar anda.

Anda juga boleh jadikan ianya sebagai stiker untuk anda gunakan di ruangan komen facebook apabila anda perlukan.

Post a Comment

Previous Post Next Post