Cara Gunakan GoPro Sebagai Webcam

Cara Gunakan GoPro Sebagai Webcam

Anda rasa webcame di laptop anda tidak cantik dengan kualiti yang disediakan. Mungkin anda boleh beralih dengan menggunakan GoPro sebagai webcam. Jadi jom kita tengok cara gunakan GoPro sebagai webcam.

Dimasa tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dan PKPP ini pastinya diarahkan untuk "Work From Home" bagi mengurahkan risiko jangkitan COVID-19. Tetapi segala pekerjaan perlulah dibuat tetapi hanya dari rumah. Jadi dengan itu, platform komunikasi banyak berbali kepada video conference jika melibatkan meeting diantara pekerja syarikat.

Dalam masa yang sama pula, kamera di laptop anda tidak lah cantik dan mungkin hanya support sehingga 2MP sahaja tetapi anda perlu gambar yang berkualiti. Tapi jangan risau, mungkin anda boleh ganti webcam laptop anda dengan GoPro sahaja. Jadi kualiti video GoPro menjadi kualiti webcam anda.

Dengan kelebihan GoPro yang memberikan kualiti gambar lebih cantik dan video yang menyokong sehingga 4k/60p yang lebih lebar dan luas pastinya memberikan kepuasan kepada anda dan kepada mereka yang melihat anda. Jadi jika anda ingin cuba, anda boleh ikuti perkongsian ini cara gunakan GoPro sebagai Webcam.

Cara Gunakan GoPro Sebagai Webcam

Cara Gunakan GoPro Sebagai Webcam

Ciri terbaru ini hanya terpakai kepada Hero 9 Black dan Hero 8 Black yang mana serasi dengan software terbaru GoPro Webcame. Ini bermakna, anda tidak perlu untuk tambah hardware atau aksesori lain pun gunakan GoPro sebagai webcam.

Cara Gunakan GoPro Sebagai Webcam

Cara untuk menggunakannya juga sangat mudah dan ianya menyokong Windows dan Mac OS. Pastikan juga anda mempunyai USB-C untuk sambungkan dari GoPro kepada laptop anda.

#1.  Kemaskini Firmware Terbaru

Untuk permulaan, pastikan firmware di GoPro Hero 8 dan Hero 9 Black anda sudah dikemaskini kepada yang terbaru. Kerana hanya firmware yang terbaru sahaja menyokong software GoPro Webcame tersebut. Cara paling mudah, anda boleh kemaskini melalui aplikasi GoPro di iOS dan Android.

#2.  Install Software GoPro Webcam Di Komputer

Jadi untuk dapatkan software GoPro Webcam ini, anda boleh dapatkan untuk sistem Mac OS atau Windows disini. Jika sudah, anda perlu install seperti biasa sehingga berjaya. Akhirnya akan terpapar "ikon GoPro kecil" pada bahagian bar di laptop atau komputer anda.

#3.  Sambungkan Dan Terus Gunakan GoPro Sebagai Webcam

Jadi jika sudah siap kesemuanya, sambungkan GoPro anda menggunakan USB-C di laptop anda. Maka akan terpapar ikon webcam di GoPro anda tersebut. Jadi anda boleh buka mana-mana aplikasi video conference dan pilih GoPro sebagai webcame.

Cara Gunakan GoPro Sebagai Webcam

Cara Gunakan GoPro Sebagai Webcam

Setakat ini, antara aplikasi video yang menyokong GoPro sebagai webcam ialah Zoom (v 5.0.5 dan keatas), Google Meet, Microsoft Teams, Skype, Twitch, BlueJeans, GoTo Meeting, Snap Camera, Facebook Rooms dan beberapa lagi seperti menggunakan melalui Google Chrome.

Sebenarnya, selain daripada lens lebar yang disediakan melalui GoPro, mereka juga anda sediakan lens seperti Narrow dan Linear. Jadi jika anda tidak berminat untuk menggunakan wide lens, boleh gunakan jenis yang lain.


sumber : techradar

Post a Comment

Previous Post Next Post