Body Shaming Adalah Kesalahan Jenayah. Anda Boleh Di Denda Sehingga RM50,000 Atau Dipenjara

Body Shaming Adalah Kesalahan Jenayah. Anda Boleh Di Denda Sehingga RM50,000 Atau Dipenjara

Beringatlah sebelum mengeluarkan kenyataan tidak elok di media sosial terutamanya. Body shaming orang lain merupakan kesalahan jenayah yang boleh membawa denda dan penjara jika didapati bersalah.

Apa sahaja pelakuan seperti mengutuk, menghina dan mencaci bentuk tubuh seseorang atau lebih dikenali Body Shaming adalah kesalahan jenayah yang boleh diambil tindakan undang-undang jika pesalah membuat laporan polis.

Kesalahan ini terkandung di bawah Seksyen 233(1)(a)(b) Akta Komunikasi dan Multimedia 1998, Seksyen 509 Kanun Keseksaan (KK) dan Seksyen 14 Akta Kesalahan Kecil 1955. Dibawah Seksyen 233 ini, jika didapati bersalah boleh dikenakan denda tidak lebih daripada RM50,000 dan penjara tidak lebih setahun atau kedua-duanya sekali. Manakala bagi Seksyen 509, boleh dikenakan penjara sehingga 5 tahun.

Body Shaming Adalah Kesalahan Jenayah. Anda Boleh Di Denda Sehingga RM50,000 Atau Dipenjara

Kenyataan ini diumumkan sendiri oleh Ketua Polis Negara, Tan Sri Abdul Hamid Bador kepada pihak Sinar Harian. Tambahan lagi, beliau juga menyatakan bagi kesalahan di bawah Seksyen 14 Akta Kesalahan Kecil pula, seseorang yang didakwa boleh didenda tidak melebihi RM100.

Kenyataan ini dibuat berikutan sebuah laporan polis telah dibuat individu terhadap seorang influencer apabila dihina bentuk fizikal menerusi laman facebook secara "Live Streaming"

Akibat daripada pelakuan ini, pastinya akan memberikan kesan buruk kepada mangsa yang dihina tersebut seperti :

  1. stres dan gangguan emosi
  2. Kehilangan keyakinan diri
  3. Kecelaruan pemakanan
  4. Kemurungan
  5. Kejadian bunuh diri

Body Shaming Adalah Kesalahan Jenayah. Anda Boleh Di Denda Sehingga RM50,000 Atau Dipenjara

Cara Buat Laporan Kes Body Shaming

Jika anda ada individu yang melakukan perbuatan mengutuk, menghina atau mencaci bentuk tumbuh di media sosial, anda perlu membuat laporan polis sebelum merujuk kepada SKMM

Kemudian, barulah SKMM akan membantu untuk siasatan berkaitan perkara teknikal bagi tindakan lanjut seperti maklumkan kepada Google dan Youtube.

Jadi kepada pengguna media sosial terutamanya, jaga emosi dan pelakuan apabila ingin menulis atau bercakap sesuatu berkaitan tubuh badan seseorang. Jangan sesekali Body Shaming, anda mungkin boleh diambil tindakan undang-undang kelak.


Sumber : sinarharian

Post a Comment

Previous Post Next Post