Kini Anda Tonton Koleksi Filem-Filem P.Ramlee Dalam Versi Warna

Kini Anda Tonton Koleksi Filem-Filem P.Ramlee Dalam Versi Warna

Biasa kita tengok filem-filem P.Ramlee dan versi hitam putih kan. Kini diberi pilihan, anda boleh tonton koleksi filem hebat daripada P.Ramlee dengan versi warna.

Rasanya siapa je tak pernah tonton filem-filem P.Ramlee kan. Jika ditanya filem apa yang anda boleh tonton banyak kali tanpa jemu dan bosan pastinya mereka akan senaraikan filem-filem P.Ramlee yang tak lapok di zaman. Filem tersebut juga ditonton oleh semua bangsa dari semua lapisan umur baik budak sekolah, remaja, dewasa atau golongan tua.

Kini Anda Tonton Koleksi Filem-Filem P.Ramlee Dalam Versi Warna

Jika sebelum ini, kita biasa tengok filem Bujang Lapok, Do Re Mi dalam versi hitam putih sahaja iaitu versi asal yang telah dikeluarkan sekitar tahun 50 ke 60-an. Pernah terfikir tak agaknya macam manalah kalau filem ini dalam versi warna ketika ianya dilakonkan ketika itu kan. Apakah warna baju yang dipakai oleh barisan pelakon, warna kereta, warna objek, warna basikal dan sebagainya kan?

Tonton Filem-Filem Tan Sri P.Ramlee Dan Versi Warna

Pertanyaan anda itu, kini teruangkai apabila seorang youtuber tampil untuk mewarna secara digital filem-filem terkenal daripada Allayarham Tan Sri P Ramlee. Terima kasih kepada youtuber Ariff Ishak apabila beliau bersungguh untuk dapatkan mod warna tersebut. 

Jika dilihat daripada video yang dimuat naik di youtube Ariff Ishak, ianya bukanlah versi warna yang asli ketika itu sebaliknya adalah imaginasi beliau sendiri. Jadi warna baju yang dipakai oleh barisan pelakon semua adalah sekadar imaginasi sahaja dan bukan yang tulen sama ketika itu. Tapi untuk warna tar jalan, warna pokok, warna langit yang pastinya sama dari dulu hingga sekarang kan.

Kini Anda Tonton Koleksi Filem-Filem P.Ramlee Dalam Versi Warna

Setakat ini, terdapat 14 koleksi filem penuh P.Ramlee yang anda boleh tonton dalam versi warna seperti masam-masam manis, keluarga 69, seniman bujang lapok, anak bapak, laksamana do re mi, nasib do re mi, do re mi, pendekat bujang lapok, nasib labu labi, nujum pak belalang, musang berjanggut, ali baba bujang lapok dan banyak lagi. 

Jadi ini bukanlah versi warna rasmi yang dikeluarkan oleh mana-mana syarikat. Ia hanya atas usaha individu bagi membuat filem-filem P.Ramlee lebih segar di zaman moden ni kan.



Tapi admin rasa tengok versi hitam putih lagi feeling kan... yang penting filem P.Ramlee terbaik kannnn

Post a Comment

Previous Post Next Post