Bantuan Prihatin Nasional (BPN) 2.0 Kena Mohon Lagi Ke? Bila Pembayaran Akan Dibuat?

Bantuan Prihatin Nasional (BPN) 2.0 Kena Mohon Lagi Ke? Bila Pembayaran Akan Dibuat?

Dalam pengumuman YAB Perdana Menteri pada 23 September yang lepas dalam pakej bantuan "KITA PRIHATIN", beliau ada mengumumkan BPN 2.0 atau Bantuan Prihatin Nasional 2.0 kepada golongan isi rumah dan bujang.

Sebelum ini, Kerajaan telah mengumumkan bantuan one-off ini menerusi pakej Bantuan Prihatin Nasional, BPN bagi membantu rakyat Malaysia yang terkesan disebabkan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) susulan penularan COVID-19.

Bantuan Prihatin Nasional, BPN 2.0

BPN 2.0 adalah salah satu bantuan tambahan disediakan oleh Kerajaan kepada golongan B40 dan M40 untuk meringankan beban rakyat akibat kesan pandemik COVID-19. Pemberian ini adalah berdasarkan pangkalan data BPN 2020 sebelum ini.

Dalam pengumuman baru-baru ini, Kerajaan mengumumkan nilai bantuan beserta tarikh pembayaran yang akan dibuat. Pembayaran akan dibuat 2 fasa iaitu penghujung Oktober 2020 dan Januari 2021

Isi Rumah

B40 (Pendapatan RM4000 ke bawah) = RM1000
Fasa 1 - RM700 / Fasa 2 - RM300

M40 (Pendapatan RM4001-RM8000) = RM600
Fasa 1 - RM400 / Fasa 2 - RM200

Bujang

B40 (Pendapatan RM2000 ke bawah) = RM500
Fasa 1 - RM350 / Fasa 2 - RM150

M40 (Pendapatan RM2001 - RM4000) = RM300
Fasa 1 - RM200 / Fasa 2 - RM100

Bantuan Prihatin Nasional (BPN) 2.0 Kena Mohon Lagi Ke? Bila Pembayaran Akan Dibuat?

Anda tidak perlu memohon BPN 2.0 sekiranya telah menerima bayaran terakhir BPN 2020 sebelum ini. Manakala jika layak dan tidak tersenarai sebelum ini, anda boleh buat permohonan baharu bermula 15 Oktober hingga 15 November 2020 di pautan bpn.hasil.gov.my. Selain itu anda juga boleh buat semakan status bermula 15 Oktober jika anda layak menerima BPN 2.0 ini dengan pautan yang sama.

Bayaran BPN 2.0 akan dibuat seperti bayarang BPN sebelum ini iaitu dikreditkan ke dalam akaun bank secara automatik atau jika tidak berjaya, boleh tuntut tunai di cawangan BSN.

Manakala bagi penerima pedalaman di Sabah dan Sarawak yang tiada akaun bank, pembayaran akan dibuat bermula bulan Januari 2021.

Pemohon yang layak memohon adalah pemohon yang lahir pada tahun 1999 dan ke bawah sahaja. 

Untuk ketahui lebih lanjut mengenaik Bantuan Prihatin Nasional 2.0 (BPN 2.0) bagi golongan B40 dan M40, anda boleh dapatkan di pautan LHDN Malaysia.

Post a Comment

Previous Post Next Post