Antara Shopping Mall Yang Berisiko Jangkitan COVID-19 Berdasarkan Laporan Kes Terkini

Antara Shopping Mall Yang Berisiko Jangkitan COVID-19 Berdasarkan Laporan Terkini

Nampaknya kes jangkitan positif COVID-19 sudah kembali kepada 3 digit. Hari ini sahaja dilaporkan terdapat 150 kes yang berlaku di seluruh negara dengan menyebabkan 1 kes kematian. Selain daripada itu. 50 kes lagi disahkan sembuh.

Daripada angka yang dicatatkan 146 adalah kes tempatan dan 4 kes import. Kali ini bukan Sabah sahaja dicatatkan kenaikan kes tetapi melibatkan beberapa negeri iaitu Johor, Melaka, Pahang, Sarawak, Selangor dan Kuala Lumpur.

Antara Shopping Mall Yang Berisiko Jangkitan COVID-19 Berdasarkan Laporan Terkini

Nampaknya penularan ini kembali ke ibu kota yang sudah pastinya menjadi pusat tumpuan orang ramai dengan kepadatan yang tinggi. Lebih buruk lagi apabila ianya melibatkan tempat orang awam iaitu di pusat beli-belah di seluruh Lembah Klang.

Terbaru seperti yang dilaporkan oleh NST, terdapat 1 kes positif yang melibatkan kakitangan yang bekerja di NU Sentral. Kenyataan ini juga diumumkan sendiri oleh pihak pengurusan NU Sentral di facebook apabila pekerja tersebut disahkan positif COVID-19 pada 26 September 2020. Sejurus selepas itu, pihak KKM telah membuat contact tracing kepada mereka yang terlibat dan juga telah mengarahkan perintah kurantin 14 hari kepada kontak rapat. Selain itu, NU Sentral juga telah menjalani proses sanitasi seperti yang dilaporkan.

Antara Shopping Mall Yang Berisiko Jangkitan COVID-19 Berdasarkan Laporan Terkini

Antara Shopping Mall Yang Berisiko Jangkitan COVID-19 Berdasarkan Laporan Terkini

Sebelum ini, Sunway Pyramid juga melaporkan dimana salah seorang pekerja di outlet Nike di sana telah disahkan positif COVID-19. Sejurus itu, pihak KKM sekali lagi bertindak pantas bagi mengesan kontak rapat bagi membuat saringan dan di arahkan kuarantin 14 hari. Kemudian outlet Nike tersebut juga telah menjalani proses sanitasi mengikut SOP yang ditetapkan.

Antara Shopping Mall Yang Berisiko Jangkitan COVID-19 Berdasarkan Laporan Terkini

Pada hari yang sama juga, terdapat seorang lagi disahkan positif COVID-19 dan juga berlaku di iaitu pekerja Babel di Suria KLCC. Disebabkan itu, kesemua kontak rapat telah menjalani saringan dan kesemuanya disahkan negatif tetapi mereka masih perlu menjalani proses kurantin mengikut arahan KKM. Segala proses sanitasi juga sudah dibuat.

Selain itu, antara shopping mall yang berisiko yang dilaporkan adalah di AEON Mall Nilai dimana ada sorang yang disahkan positif telah berkunjung di sana. Tetapi tiada dilaporkan kes baru yang berpunca daripada AEON tersebut. Sebelum ini, turut dilaporkan di KL Gatewall Mall di Menara Suezcap dan juga di The Linc KL iaitu Trinity Kids. Seperti yang dilaporkan, setakat ini kontak rapat disahkan negatif dan kesemua lokasi ini telah menjalanan proses sanitasi. 

Antara Shopping Mall Yang Berisiko Jangkitan COVID-19 Berdasarkan Laporan Terkini

Jadi kepada mereka yang berada di Lembah Klang khususnya atau dimana-mana tempat berisiko jangkitan, sila amalkan kawalan kendiri seperti sentiasa memakai facemask, cuci tangan dengan hand sanitizer dan juga amalkan penjarakan fizikal sehabis baik. Kes sepertinya kembali naik dalam beberapa hari ini.

Kita berdoa supaya kita tidak perlu lagi hadapi Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) seperti sebelum ini yang pastinya akan memberi impak yang tidak baik kepada kita semua.

Post a Comment

Previous Post Next Post