Kebaikkan Dan Manfaat Ubat Cacing Kepada Kucing Haiwan Peliharaan Anda

Kebaikkan Dan Manfaat Ubat Cacing Kepada Kucing Haiwan Peliharaan Anda

Apakah kebaikkan atau manfaat yang diperoleh daripada ambilan ubat cacing kepada haiwan kesayangan anda seperti kucing? Adakah manfaatnya sama seperti kita sebagai manusia?

Seperti manusia, kucing juga akan mempunyai masalah cacing yang menyerang mereka. Namun bagi kucing ianya lebih kerap berlaku kerana sifat semula jadi mereka. Haiwan pelihataan kita tersebut yang dibiarkan berkeliaran di luar rumah lebih mudah mengalami masalah ini berbanding daripada kucing yang dikurung.

Tetapi ia tidak bermakna mereka tidak perlu diberikan ubat cacing.

Cara Kucing Dijangkiti Parasite Dan Cacing

Ada beberapa cara kucing kesayangan boleh dijangkiti parasite seperti cacing ini iaitu :

  • Dijangkiti melalui persekitaran yang dicemari dengan telur cacing. Ia mungkin melekat pada tapak kaki kucing semasa berjalan dan kemudian si comel akan menjilatnya semasa membersihkan diri
  • Anak kucing pula boleh memperoleh cacing daripada ibu kucing melalui penyusuan (transmammary)
  • Dijangkiti melalui kutu. Cacing pita juga boleh berjangkit melalui gigitan kuku
  • Kucing juga boleh dijangkiti apabila mereka memakan hasil buruan seperti tikus dan burung yang telah dijangkiti cacing.

mudah dijangkiti cacing

Masalah Cacing

Ubat cacing adalah penting dalam penjagaan kucing kesayangan anda. Hal ini bagi memastikan kucing bebas daripada sebarang jangkitan penyakit yang disebabkan parasite.

Jenis Parasite

Beberapa jenis cacing yang boleh menjangkiti kucing antaranya ialah cacing pita (tape-worm), cacing gelung (roundworm) dan cacing cangkuk (hookworm)

Tanda Dijangkiti

Terdapat beberapa tanda menunjukkan kucing anda mungkin mengalami kecacingan. Antaranya adalah kucing akan kelihatan kurus tetapi perutnya nampak kembung. Ini biasanya berlaku pada anak kucing seperti yang diterangkan oleh veterinar, Dr Yaslynn.

Selain itu, kucing akan kelihatan pucat, tidak aktif dan keadaanya menjadi lemah. Tanda-tanda lain seperti kucing akan menggeselkan penggungnya pada permukaan lantai kerana gatal akibat cacing pita yang untuk bergerak keluar.

Kesan Kecacingan

Apabila kucing kecacingan, mereka akan kehilangan zat dan nutrien dalam badannya. Bukan itu sahaja, cacing boleh menyebabkan kucing mengalami pendarahan hingga ada yang mati. Cacing juga boleh memberi masalah kepada sistem penghadaman si comel dan berlakunya cirit birit, muntah dan sembelit. 

Tindakan Pencegahan Kecacingan

bawa kucing ke veterinar

Jadi sekiranya kucing anda mempunyai tanda-tanda dijangkiti cacing, boleh segera berjumpa dengan doktor veterinar yang bertauliah. Dapatkan rawatan yang betul bagi memastikan masalah kecacingan ini dirawat dengan betul.

Ini kerana pemberian ubat adalah berdasarkan berat badan kucing tersebut dan tidak semua parasite ini boleh dimatikan dengan ubat cacing yang sama. 

Pengambilan ubat ini penting untuk semua jenis kucing tidak mengira umur, baka dan gaya hidup (dikurung atau dilepaskan). Hal ini bagi memasikan kesihatan kucing kesayangan anda tersebut berada dalam keadaan yang baik dan selamat. 

Post a Comment

Previous Post Next Post