Wang Boleh Dikembalikan Jika Anda Tidak Puas Hari Tonton Filem ROH Pada 6 Ogos Ini

Wang Boleh Dikembalikan Jika Anda Tidak Puas Hari Tonton Filem ROH Pada 6 Ogos Ini

Seperti yang dimaklumkan oleh Kuman Pictures, wang anda boleh dikembalikan jika anda tidak puas hari menonton filem ROH pada 6 Ogos ini di mana-mana pawagam.

Sebelum lebih 3 bulan panggung wayang ditutup dan tayangan filem juga ditunda terutamanya filem tempatan, kini mereka kembali. Antara filem terawal yang akan bermula tayangan adalah filem ROH dengan genre seram.

Antara filem yang tangguh tayangan seperti yang diumumkan sebelum ini adalah Escape, Town Mall, ROH, Kenderaan Berat Ikut Kiri dan Takut Ke Tak. Tetapi setakat ini iaitu yang terbaru hanya tayangan filem ROH sahaja sudah confirm untuk tayangan iaitu bermula 6 Ogos 2020.

Sebelum ini, filem Roh sepatutnya dijadualkan buka tayangan pada 19 Mac 2020, tetapi disebabkan pandemik COVID-19 dan juga Perintah Kawalan Pergerakan (PKP), tayangan terpaksa ditangguhkan dan bermula kembali pada Khamis ini (6 Ogos).

Tapi pada tayangan pembukaan kali ini ada sedikit keistimewaan yang ditampilkan oleh pihak penerbit filem tersebut iaitu Kuman Pictures.

Sinopsis Filem Roh

Genre : Seram
Pengarah : Emir Ezwan
Pelakon : Farah Ahmad, Namron, June Lojong, Mhia Farhana, Harith Haziq, Junainah, Putri Qaseh dan ramai lagi

Berlatarbelakangkan zaman peperangan, di mana tinggal sebuah keluarga daif di pinggir hutan. Mereka kemudiannya didatangi seorang kanak-kanak perempuan misteri. Kejadian-kejadian aneh mula menghantui mereka selepas kanak-kanak itu meramalkan sesuatu yang ngeri.

Wang Boleh Dikembalikan Jika Anda Tidak Puas Hari Tonton Filem ROH Pada 6 Ogos Ini

Wang Boleh Dikembalikan Jika Tidak Puas Hati

Seperti yang diumumkan melalui twitter rasmi Kuman Pictures, mereka menawarkan refund atau wang dikembalikan jika anda tidak puas hati menonton filem Roh di mana-mana pawagam pada 6 Ogos ini sahaja.



Ini bermakna, anda beli tiket wayang, anda tonton filem tersebut dan jika anda rasa filem Roh tak best, anda boleh minta refund.

Cara Refund

Penyertaan ini tidak terhad kepada pawagam di Kuala Lumpur tetapi untuk seluruh negara di mana-mana pawagam pun. Jika anda berada di KL, anda boleh terus bawa tiket tersebut di alamat yang dipaparkan dibawah atau jika anda jauh, anda boleh pos tiket tersebut (maksimum 4 tiket ) bersama butiran bank anda ke alamat :

Kuman Pictures Sdn Bhd, Suite #109
MBE Taman Desa, 57A Faber Plaza,
Jalan Desa Bakti, Taman Desa,
58100 Kuala Lumpur

Hanya valid untuk tiket 6 Ogos 2020 dan pastikan sampai tiket tersebut selewatnya 20 Ogos 2020.

Jika Puas, Sebarkan Cintanya!
Jika Tak Puas, Kami Akan Pulangkan Wang Anda.


Baca Juga

0/Post a Comment/Comments

Recommended