Youtube Lancarkan Super Stream Sempena Merdeka, Anda boleh Tonton Kandungan Premium Tanpa Henti Secara Percuma


Sempena Hari Merdeka dan Hari Malaysia, Youtube baru-baru ini telah mengumumkan hadiah untuk semua rakyat Malaysia dimana, Youtube akan melancarkan Youtube Super Stream sepanjang bulan.

Berdasarkan laporan Amanz, acara Youtube Super Stream ini akan bermula 15 Ogos hingga 16 September 2020 iaitu selama sebulan. Acara ini akan melibatkan beberapa rakan media tempatan seperti Astro, Media Prima, Muse Malaysia dan WebTVAsia. Mereka ini akan menyediakan kandungan terhebat di channel Youtube masing-masing secara percuma.


Melalui acara Super Stream ini, penonton akan merasai pengalaman seperti menonton TV melalui laman Youtube. Sekali gus, anda boleh nikmati dan tonton pelbagai rancangan menarik secara langsung melalui laman video tersebut.

Youtube Super Streams Bermula 15 Ogos 2020

Jadi bermula 15 Ogos 2020, kandungan seperti drama, animasi, filem dan juga klasik komedi akan ditontonkan dalam penawaran ini. Seperti contoh bagi Media Prima, mereka akan tayangkan siri sitkom komedi terbaik sepanjan zaman, Senario melalui saluran Youtube TV9 Malaysia. 

Selain itu, bagi kaki-kaki drama, anda juga boleh layan emosi melalui drama yang ditayangkan daripada saluran Drama Sangat Official dan Astro Gempak.

Untuk peminat anime Japan, anda juga tidak dilupakan, saluran MUSE Malaysia akan tayangkan anime terkenal untuk tontonan anda tanpa henti seperti One Punch Man. Jangan risau, banyak lagi siri anime yang anda boleh tonton di channel tersebut. 


Memandangkan ianya ditayangkan di Youtube, maka kesemua kandungan ini boleh ditonton secara PERCUMA tanpa sebarang bayaran dikenakan. Untuk ketahui lebih lanjut berkaitan intisari rancangan bagi setiap channel, anda boleh layari pautan Youtube Super Stream disini
Baca Juga

0/Post a Comment/Comments

Recommended