Cara Mengisi Borang Online (E-Connote) Melaluis Apps Poslaju. Tak Perlu Tulis Borang Manual Dah

Cara Mengisi Borang Online (E-Connote) Melaluis Apps Poslaju. Tak Perlu Tulis Borang Dah

Bermula 17 Ogos 2020, kesemua cawangan Poslaju akan menyediakan dan menggunakan kaedah baru dengan cara print consignment note (e-connote) melalui aplikasi. Jadi anda tidak perlu lagi susah-susah tulis borang dah.

Biasa hari-hari sebelum ini, kalau anda ingin pos barang atau hantar barang menggunakan Poslaju, anda diberi borang consigment atau slip poslaju. Jadi anda perlu tulis sendiri nama pengirim dan penerima di borang tersebut. Kalau banyak barang, banyaklah borang yang perlu ditulis secara manual kan.

Tetapi kini tidak lagi, ini kerana Pos Malaysia melalui Poslaju telah menyediakan kaedah baru iaitu dengna cara print sahaja slip poslaju tersebut dan anda hanya perlu daftar maklumat penerima dan pengirim melalui online sahaja iaitu melalui aplikasi Pos Malaysia.

Cara Mengisi Borang Online (E-Connote) Melaluis Apps Poslaju. Tak Perlu Tulis Borang Manual Dah

Jadi pada 17 Ogos 2020 ini, kaedah baru ini akan diguanakan bagi seluruh cawangan Poslaju di seluruh Malaysia. Jadi kepada anda yang ingin cuba dan tak tahu lagi cara nak guna, ikuti perkongsian pengguna twitter @gtfoxbtch cara isi borang online e-connote melalui aplikasi Poslaju.

Cara Isi Borang E-Connote (Slip Poslaju) Secara Online Melalui Aplikasi Pos Malaysia

Terlebih dahulu anda perlu download aplikasi Pos Malaysia melalui Play Store atau Apps Store. Aplikasi ini bukan sahaja boleh isi borang e-connote tetapi banyak lagi fungsi lain seperti fungsi track n trace, bayaran bil, send parcel dan banyak lagi.

Jadi jom kita tengok cara nak isi borang e-connote untuk hantar barang Poslaju.

1.  Buka aplikasi Pos Malaysia dan klik New Consignment. Akan dipaparkan nama cawangan Poslaju yang sudah pakai system e-connote ini. Anda boleh semak, jika ada tempat anda, boleh proceed dengan tekan sahaja butang X

Cara Mengisi Borang Online (E-Connote) Melaluis Apps Poslaju. Tak Perlu Tulis Borang Manual Dah

2.  Kemudian masukan butiran dan maklumat anda sebagai pengirim (sender). Tick sahaja 'Remember Details' supaya anda tak perlu lagi key-in alamat selepas-selepas ini. Jadi sudah jimat masa disitu. Dah selesai, tekan Next

Cara Mengisi Borang Online (E-Connote) Melaluis Apps Poslaju. Tak Perlu Tulis Borang Manual Dah

3.  Kemudian masukkan maklumat penerima (receiver) pula. Pastikan semua maklumat seperti poskod, alamat dan no telefon adalah tepat dan jangan salah! Sebab ianya sudah masuk system. Nanti rumit pula bila sampai ke Poslaju. Dah selesai, tekan Next

Cara Mengisi Borang Online (E-Connote) Melaluis Apps Poslaju. Tak Perlu Tulis Borang Manual Dah

4.  Seterusnya, pada bahagian Parcel Info pula. Buat declaration berkaitan barangan atau item atau parcel yang anda hantar tersebut. Timbang terlebih dahulu dirumah berat barang atau letak anggaran. Nanti di di kaunter, staff akan timbang semula. Letak barang apa yang anda hantar tersebut. Isikan maklumat berkaitan. 

Cara Mengisi Borang Online (E-Connote) Melaluis Apps Poslaju. Tak Perlu Tulis Borang Manual Dah


Jika sudah letakkan berat barang, sistem akan nyatakan anggara harga untuk parcel anda tersebut. Jadi dah boleh standby siap-siap untuk bayar di kaunter Poslaju nanti. Jika selesai, tekan Confirm

5.  Akhirnya, sistem akan paparkan semua maklumat yang anda telah key-in sebelum ini. Jadi anda perlu semak semula. Pastikan semuanya betul tau. Jika sudah semua betul, boleh klik Generate

Cara Mengisi Borang Online (E-Connote) Melaluis Apps Poslaju. Tak Perlu Tulis Borang Manual Dah

6.  Jika anda tekan Generate tadi, sistem akan keluarkan reference number dan Kod QR untuk parcel anda tersebut. Akhirnya klik Save to My Parcel. Selesai bahagian online!

Cara Mengisi Borang Online (E-Connote) Melaluis Apps Poslaju. Tak Perlu Tulis Borang Manual Dah

Jadi jika anda ingin lihat kesemua maklumat parcel yang anda sudah siapkan. Di bahagian homepage, klik pada My Parcel. Anda akan dipaparkan semua maklumat To Print, To Track dan Completed.

Cara Mengisi Borang Online (E-Connote) Melaluis Apps Poslaju. Tak Perlu Tulis Borang Manual Dah

Urusan Di Kaunter PosLaju

Urusan seterusnya adalah print slip Poslaju (e-connote) dan hantar di kaunter Poslaju.

1.  Anda pergi ke cawangan Poslaju terdekat dan pergi ke kaunter dan cari mesin berwarna hitam untuk print e-connote.

Cara Mengisi Borang Online (E-Connote) Melaluis Apps Poslaju. Tak Perlu Tulis Borang Manual Dah

2.  Buka aplikasi Pos Malaysia kemudian pergi My Parcel dan imbas atau scan Kod QR pada mesin tersebut.


3.  Inilah hasilnya e-connote anda tersebut (macam air waybill shopee kan)

Cara Mengisi Borang Online (E-Connote) Melaluis Apps Poslaju. Tak Perlu Tulis Borang Manual Dah

4.  Pergi kaunter Poslaju seperti biasa, tampal e-connote tersebut dan bayar. Selesai!

Tips

  • Anda hanya dibenarkan print e-connote tersebut di cawangan Poslaju sahaja. Tak boleh print sendiri.
  • Jangan risau, ianya percuma!
  • Anda juga boleh print terlebih dahulu dan balik, baru pack barangan anda. Kemudian esok baru pos. Boleh juga!
  • Borang slip poslaju masih boleh lagi boleh digunakan, tetapi digalakkan untuk guna e-connote juga lepas ni.

sumber : twitter @gtfoxbtch

Post a Comment

Previous Post Next Post