Selamat Tinggal KissAnime dan KissManga Untuk Selamanya

Selamat Tinggal KissAnime dan KissManga Untuk Selamanya

Selamat tinggal dunia Anime. Inilah yang sedang hangat diperkatakan di dunia digital sekarang apabila laman web terkenal Anime, KissAnime dan KissManga telah dipadam untuk selama-lamanya.

Peminat Manga Jepun pasti tahu akan kedua laman web ini iaitu merupakan laman web yang menyediakan pelbagai kandungan anime yang terbaru dan lama dengan percuma. Jadi anda boleh dapatkan kesemua jenis anime yang anda minat dan muat-turun dan tonton secara percuma bila-bila masa sahaja.


Tetapi itulah masalah sebenarnya, apabila karya dan hakcipta orang lain dikongsikan tanpa mendapat sebaran royalti dan kebenaran daripada pemilik asal. Perkara inilah yang telah dilakukan oleh KissAnime dan KissManga sebenaranya selama ini. Erti kata lain adalah cetak rompak!

Disebabkan itulah, Kerajaan Jepun telah meluluskan undang-undang anti-cetak rompak dalam talian yang telah disemak semula melalui Parlimen Jepun. Maka semua aktiviti memuat turun manga, majalan, muzik, video, sertak teks akademik diharamkan oleh Kerajaan.

Selamat Tinggal KissAnime dan KissManga Untuk Selamanya

Selamat Tinggak KissAnime Dan KissManga

Disebabkan itulah, antara yang terkesan adalah laman web KissAnime dan KissManga. Pengharaman terhadap aktiviti curi hak cipta ini atau aktiviti cetak rompak ini akan dikuatkuasakan pada 1 Januari 2021, tetapi sekatan pada laman web terlibat pula akan bermula pada 1 Oktober 2020.

Undang-Undang ini disemak semula kerana peningkatan laman-laman web cetak rompak yang mencuti hak cipta. Jika dilihat sebelum ini, sebuah laman web terkenal, Mangamura yang mendapat pelawat lebih 100 juta setiap bulan sebelum dipadam pada April 2020, yang telah mengakibatkan kerugian lebih 300 Bilion Yen (~$2.75 Bilion) kepada pengeluar. Website ini sebelumnya terkenal dengan perkongsian Manga termasuk 'Attack On Titan' dan 'One Piece'.

Selamat Tinggal KissAnime dan KissManga Untuk Selamanya

Dengan tersebaranya berita ini, pastinya 1 dunia meratapi pemergian laman web ini. Selepas ini tiada lagi laman web tersebut.

Jadi lepas ni nak layan Anime/Manga di mana? Salah satu tempat halal yang tonton anime adalah di Youtube Muse Asia. Disitu anda boleh tonton secara percuma tetapi legal dan halal. Muse Malaysia pun ada dengan disediakan sari kata Bahasa Melayu



sumber : meaww.com

Post a Comment

Previous Post Next Post