Anda Kini Boleh Saksikan Kesemua Perlawanan CIMB Liga Super 2020 Secara Percuma. Lihat Sini Caranya

Anda Kini Boleh Saksikan Kesemua Perlawanan CIMB Liga Super 2020 Secara Percuma. Lihat Sini Caranya

Unifi hari ini mengumumkan dimana, anda kini boleh saksikan kesemua lebihan perlawanan CIMB Liga Super 2020 secara PERCUMA disemua platform Unifi termasuk Youtube. Yang penting ada Internet je.

Sebelum ini, pihak pengurusan Liga Malaysia, Malaysia Football League (MFL) telah mengumumkan Liga Malaysia termasuk Liga Super dan Liga Perdana akan disambung semula bermula 28 Ogos 2020. Liga diberhentikan pada Mac yang lepas ekoran penularan COVID-19 yang berlaku di seluruh Malaysia.

Dengan hampir 5 bulan liga diberhentikan buat seketika, saki baki perlawanan mesti diteruskan bagi mencari juara liga bagi CIMB Liga Super dan Liga Perdana. Sebelum ini, liga diberhentikan pada perlawanan ke-4 jadi, perlawanan pertama pada 28 Ogos ini melibatkan perlawanan ke-5 bagi kesemua 12 pasukan yang bertanding.

Anda Kini Boleh Saksikan Kesemua Perlawanan CIMB Liga Super 2020 Secara Percuma. Lihat Sini Caranya

MFL juga telah mendapat kebenaran daripada pihak MKN dan KKM untuk melangsungkan perlawanan bola sepak di stadium dengan mengikut SOP yang disediakan. Antaranya adalah tidak membenarkan para penonton untuk datang ke stadium. Jadi hanya pihak pengurusan stadium, pasukan bola sepak serta pemain sahaja dibenarkan berada di dalam stadium.

Tetapi jangan risau, walaupun anda tidak dibenarkan untuk datang ke stadium untuk melepaskan rindu bagi menyokong pasukan bola sepak kegemaran anda. Anda masih lagi boleh menonton perlawanan tersebut secara live melalui kaca TV, telefon pintar atau komputer secara striming. Paling-paling best, anda boleh tonton secara PERCUMA!

Saksikan Secara Percuma Perlawanan CIMB Liga Super 2020 Disediakan Oleh Unifi

TM Unifi sebagai penyiar rasmi Liga Malaysia untuk tahun 2020 mengumumkan anda kini boleh saksikan semua perlawanan secara live tersebut secara percuma di semua platform Unifi yang disediakan. Jadi bermula 28 Ogos ini, boleh tengok bola!

Terdapat 3 cara untuk anda tonton perlawanan tersebut.

#1. Tonton Melalui Unifi TV

Jika anda melanggan pakej internet Unifi dan mempunyai akaun Unifi TV, anda boleh saksikan di Unifi Sport 701-7055.

#2. Tonton Melalui Aplikasi Unifi Play TV

Anda Kini Boleh Saksikan Kesemua Perlawanan CIMB Liga Super 2020 Secara Percuma. Lihat Sini Caranya

Jika tidak mempunyai akaun Unifi TV, anda boleh tonton melalui aplikasi Unifi Play TV secara percuma. Sebelum itu, anda perlu download terlebih dahulu aplikasi tersebut di PlayStore atau AppStore.

#3.  Tonton Secara Live Di Youtube Unifi

Anda Kini Boleh Saksikan Kesemua Perlawanan CIMB Liga Super 2020 Secara Percuma. Lihat Sini Caranya

Atau anda boleh saksikan di Youtube Unifi secara live dan secara percuma! Sebagai tanda support, jom ramai-ramai subscribe channel Youtube Unifi dan tekan butang like dan share kepada orang lain juga.

Anda Kini Boleh Saksikan Kesemua Perlawanan CIMB Liga Super 2020 Secara Percuma. Lihat Sini Caranya

Perlawanan Ke-5 CIMB Liga Super

- Jumaat -

Pahang vs JDT
Perak vs Melaka
Felda vs UiTM

- Sabtu -

Terengganu vs Sabah
PDRM vs Kedah
Selangor vs PJC

Post a Comment

Previous Post Next Post