3 Zon Di Aman Jaya, kedah Dikenakan PKPD Pentadbiran Bermula 28 Ogos, Jumaat

3 Zon Di Aman Jaya, kedah Dikenakan PKPD Pentadbiran Bermula 28 Ogos, Jumaat

Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) Pentadbiran akan dikenakan kepada 3 zon di Aman Jaya, Kedah bermula tengah malam 28 Ogos sehingga diberitahu. Jadi semua kena duduk rumah.

Oleh itu, orang ramai tidak dibenarkan untuk memasuki 3 zon tersebut iaitu Kenanga, Mawar dan Melur. Manakala bagi orang ramai yang berada di dalam zon tersebut tidak dibenarkan keluar daripada kawasan.


Menteri Kluster Keselamatan, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob mengumumkan di dalam sidang media harian baru-baru ini dimana Menteri Kesihatan akan umumkan bila PKPD Pentadbiran ini akan tamat.

PKPD Pentadbiran Akan Memberi Kesan Kepada 20,000 Orang

Dalam sidang media itu juga, Menteri Keselamatan memberitahu PKPD Pentadbiran ini melibatkan 23 ribu individu daripada 265 isi rumah. Kesemuanya akan melalui proses saringan daripada pihak Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM).

Selain itu, polis dan tentera akan mengawal keadaan disana selain daripada adakan sekatan jalan raya di kesemua jalan yang menghubungkan jalan masuk ke 3 zon tersebut.

Disebabkan orang tidak benar keluar dan juga tidak dibenarkan masuk ke kawasan PKPDP ini, maka mereka yang bekerja juga tidak dibenarkan masuk atau keluar daripada kawasan ini. Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob juga memberitahu, majikan tidak dibenarkan mengambil tindakan terhadap pekerja mereka yang tidak datang bekerja disebabkan terlibat dengan PKPDP ini.

Hanya 'Essential Service' Sahaja Dibenarkan Beroperasi

3 Zon Di Aman Jaya, kedah Dikenakan PKPD Pentadbiran Bermula 28 Ogos, Jumaat

Dalam tempoh ini, tempat ibadah seperti masjid, kuil tokong tidak dibenarkan untuk beroperasi. Sekolah juga ditutup sepanjang tempoh ini. Dalam pada itu, hanya perniagaan yang melibatkan perkhidmatan penting sahaja dibenarkan beroperasi seperti kedai runcit, stesen minyak, farmasi, klinik dan beberapa perkhidmatan penting yang lain.

Kalau restoren, hanya dibenarkan take-away sahaja. Selain itu, kedai-kedai ini hanya dibenarkan beroperasi antara 8 pagi hingga 8 malam sahaja.

Seperti tempoh PKP sebelum ini, hanya seorang sahaja dibenarkan keluar daripada rumah untuk pergi ke kedai bagi dapatkan barang keperluan dan pastinya mesti mengikut SOP yang ditetapkan. Jadi semuanya, duduk di rumah tau.


sumber : rojakdaily

Post a Comment

Previous Post Next Post