Selangor Tetapkan Mengekalkan SOP Membawa Sejadah Dan Larangan Kehadiran Jemaah Bukan Warganegara Ke Masjid

Selangor Tetapkan Mengekalkan SOP Membawa Sejadah Dan Larangan Kehadiran Jemaah Bukan Warganegara

Negeri Selangor menetapakan dimana masih mengekalkan Standard Operating Procedure (SOP) dengan perlunya membawa sejadah sendiri dan larangan kehadiran bagi jemaah bukan warganegara Malaysia.

Pada Selasa lepas, Menteri Keselamatan, Dato' Sri Ismail Sabri bin Yaakob mengumumkan dimana SOP menunaikan solat jemaah di masjid seperti membawa sejadah sudah dilonggarkan. Ini bermakna orang ramai yang datang ke masjid atau surau bagi melakukan solat secara jemaah tidak diwajibkan membawa sejadah daripada rumah tetapi digalakkan sahaja.

Selain itu, dalam sidang media itu juga, beliau mengumumkan jemaah bukan warganegara juga sudah dibenarkan untuk datang ke masjid atau surau bagi melakukan solat secara jemaah bersama yang lain.

Manakala bagi SOP lain, ianya masih dikekalkan seperti ambil wuduk di rumah, penjarakan fizikal ketika solat di dalam masjid, tidak bersalaman dan sebagainya. Kesemua SOP ini masih dikekalkan sehingga waktu dibenarkan kelak.

Namun, kesemua ketetapan tersebut adalah tetakluk kepada keputusan pihak berkuasa agama negeri masing-masing. Pengumuman yang dibuat tersebut adalah daripada Menteri Agama, jadi ianya terpakai untuk Wilayah Persekutuan.

Mengekalkan Penggunaan Sejadah Dan Larangan Kehadiran Jemaah Bukan Warganegara

Jadi selari dengan pengumuman kerajaan tersebut, Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) menetapkan bahawa SOP yang diperkenalkan pada yang lepas masih digunakan seperti biasa di Negeri Selangor iaitu :
  1. Membawa sejadah saiz standard dari rumah masing-masing semasa datang ke masjid atau surau untuk menunaikan solat Jumaat atau solat Fardhu
  2. Melarang jemaah bukan Warganegara Malaysia yang tidak dikenali untuk datang ke masjid atau surau

Jadi kepada orang Selangor, jika anda ingin datang ke masjid untuk lakukan Solat Fardhu atau Solat Jumaat kelak, sila ambil wuduk di rumah, pakai pelitup muka (face mask), bawa sejadah sendiri daripada rumah dan jangan lupa daftar masuk dan cek suhu badan terlebih dahulu. Ikut segala SOP yang ditetapkan sebelum ini.

Selangor Tetapkan Mengekalkan SOP Membawa Sejadah Dan Larangan Kehadiran Jemaah Bukan Warganegara

Post a Comment

Previous Post Next Post