Tips Dan Cara Rebus Telur Supaya Mudah Dikupas Kulitnya Tanpa Rosak Apa-Apa

Tips dan cara Rebus Telur Supaya Mudah Dikupas Kulitnya Tanpa Rosak Apa-Apa

Anda kadang-kala mungkin mengalami kesukaran sedikit untuk kupas kulit telur apabila ingin mula masak. Jadi disini anda boleh baca tips dan cara rebus telur supaya ianya mudah dikupas tanpa rosak pada permukaan telur.

Anda mungkin nak masak nasi lemak dan perlukan telur rebus atau anda nak masak telur rebus masa sambal. Jadi tidak boleh tidak, anda perlu rebus terlebih dahulu, kemudian kena kupas dan barulah boleh dapatkan telur rebus bulat tersebut kan.

Kadang-kala kalau kita kupas, mungkin ada berlaku sedikit terkupas isi telur tersebut, jadi telur rebus kita tu tak cantik la kan walaupun tiada kesan pun ada rasanya. Oleh itu, jangan risau, anda boleh ikuti tips rebus telur ini supaya nanti nak kupas, ianya menjadi senang sekali gus tidak merosakkan isi telur tersebut.

Cara Rebus Telur Supaya Mudah Dikupas

Tips dan petua ini dikongsikan oleh @twt_resume tentang cara kupas kulit telur supaya licin bersih tanpa cacat cela

1.  Basuh Telur

Mula-mula seperti biasa, basuh telur bersih-bersih bagi menghilangkan kekotoran yang mungkin najis ayam masih melekat. Kemudian masukkan ke dalam periuk dan tambah air sehingga telur terendam sepenuhnya.

2.  Masukkan Garam Dan Minyak Masak

Kemudian masukan 2 bahan ini iaitu sesudu garam dan sesudu minyak masak. Ianya sudah memadai. Inilah rahsia yang menjadikan kulit telur tersebut mudah terasin daripada isinya.

Tips dan cara Rebus Telur Supaya Mudah Dikupas Kulitnya Tanpa Rosak Apa-Apa

3.  Rebuskan

Tunggu telur siap direbus lebih kurang 10 hingga 15 minit atau sehingga air menggelegak.

Tips dan cara Rebus Telur Supaya Mudah Dikupas Kulitnya Tanpa Rosak Apa-Apa

4.  Rendam Dan Kupas

Akhir sekali, keluarkan telur daripada air panas tersebut ke dalam bekas lain yang berisi air biasa. Biarkan sekejab untuk hilangkan panas. Jika sudah sedikit sejuk atau suam-suam bolehlah mula kupas seperti biasa.

Maka inilah hasilnya. Bersih dan licin tanpa merosakkan isi kulit.

Tips dan cara Rebus Telur Supaya Mudah Dikupas Kulitnya Tanpa Rosak Apa-Apa


sumber : twt_resume
Baca Juga

0/Post a Comment/Comments

Recommended