Cara Mohon Bantuan Khas COVID-19 Daripada NADMA

Cara Mohon Bantuan Khas COVID-19 Daripada NADMA

Bagi yang terkesan pendapatan disebabkan pandemik COVID-19 baru-baru ini, anda boleh mohon bantuan Khas COVID-19 daripada NADMA, RM100 sehari yang dibuka sehingga 31 Ogos 2020.

NADMA merupakan sebuah Agenci Pengurusan Bencana Negara dibawah Jabatan Perdana Menteri. Jadi ianya bertujuan untuk pengurusan bencana secara menyeluruh meliputi peringkat sebelum, semasa dan selepas berlaku sesuatu bencana. Jika sebelum ini, negara kita dilanda pandemik COVID-19 yang sangat hebat sehingga keluar arahan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).

Kesan daripada itulah, segala premis perniagaan dan pekerjaan dihentikan kecuali yang penting sahaja. Sebab itu jugalah, banyak kedai gulung tikar, pekerjaan hilang, tiada sumber pencarian, tiada pendapatan dan sebagainya.

Jadi dengan itulah NADMA tampil untuk membantu golongan-golongan ini bagi meneruskan kehidupan sehingga mereka berjaya peroleh pekerjaan semula. Bantuan Khas COVID-19 ini diwujudkan untuk membantu mereka.

Pihak NADMA akan menyalurkan RM100 sehari sepanjang tempoh dikenakan Perintah Pengawasan Dan Pemerhatian Bagi Kontak Covid-19 Di Bawah Seksyen 15(1) Akta Pencegahan Dan Pengawalan Penyakit Berjangkit 1988 (Akta 342) atau menjalani rawatan di wad hospital yang dibenarkan oleh Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) untuk merawat Covid-19 (warded).

Bantuan khas ini hanya akan diberikan sekali sahaja (one-off) dalam tempoh penularan jangkitan Covid-19 dan tidak akan diberikan bagi kes yang berulang.

Jika berkelayakan, anda boleh mohon segera!

Cara Mohon Bantuan Khas COVID-19 Dariapda NADMA

Cara Mohon Bantuan Khas COVID-19 Daripada NADMA

Syarat Permohonan

1.  Warganegara Malaysia yang bekerja di Malaysia tetapi telah kehilangan sumber pendapatan atau tidak dibayar gaji sepanjang tempoh dikenakan Perintah Pengawasan Dan Pemerhatian Bagi Kontak Covid-19 Di Bawah Seksyen 15(1) Akta Pencegahan Dan Pengawalan Penyakit Berjangkit 1988 (Akta 342). Tarikh perintah bermula tidak melebihi 31 Ogos 2020.

2.  Warganegara Malaysia yang bekerja tetapi telah kehilangan sumber pendapatan atau tidak dibayar gaji sepanjang tempoh menjalani rawatan di wad hospital (warded) ekoran COVID-19. Tarikh rawatan di wad bermula tidak melebihi 31 Ogos 2020.

Pemohon Yang Tidak Layak

1.  Bukan Warganegara Malaysia

2.  Tiada pekerjaan sebelum dikenakan Perintah Pengawasan dan Pemerhatian.

3.  Mempunyai pendapatan atau menerima gaji dalam tempoh Pengawasan dan Pemerhatian/ menjalani rawatan di wad hospital (warded) ekoran COVID-19.

4.  Dikenakan perintah kuarantin/menjalani rawatan selepas 31 Ogos 2020. 

Bantuan Khas COVID-19 Daripda NADMA

Bantuan Khas COVID-19 ini dibuka sehingga 31 Ogos 2020. Anda perlu memohon secara manual dengan hantar borang kepada pihak NADMA sendiri. Anda perlu download atau muat-turun dokumen-dokumen (Lampiran A, B, C) yang diperlukan di laman web http://nadma.gov.my atau klik pautan dibawah

Jika borang semua sudah lengkap, anda perlu hantar melalui pos ke NADMA di alamat seperti dibawah 

Ketua Pengarah

Agensi Pengurusan Bencana Negara (NADMA)
Jabatan Perdana Menteri
Aras 7, Blok D5, Kompleks D
Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan
62502 PUTRAJAYA

(u.p. : Sekretariat KWABBN)

Anda boleh semak status Bantuan Khas COVID-19 di https://bkcovid19.nadma.gov.my/v2/ selepas tarikh tutup kelak

Dokumen Yang Diperlukan

1.  Borang Permohonan Bantuan Khas Covid19 seperti di Lampiran A. (Dokumen Asal)

2.  Salinan kad pengenalan. (Salinan Diakui Sah)

3.  Dokumen KKM (Salinan Diakui Sah):
  • Bagi pemohon yang di bawah perintah Pengawasan dan Pemerhatian
    • Salinan Borang Perintah Pengawasan Dan Pemerhatian Bagi Kontak Covid-19 Di Bawah Seksyen 15(1) Akta Pencegahan Dan Pengawalan Penyakit Berjangkit 1988 (Akta 342) yang telah disahkan oleh KKM; dan
    • Salinan Borang pelepasan dari menjalani perintah pengawasan dan pemerhatian di rumah kediaman bagi kontak jangkitan Covid-19 di bawah Seksyen 15(1) Akta Pencegahan Dan Pengawalan Penyakit Berjangkit 1988 (Akta 342);
  • Bagi pemohon yang menjalani rawatan di wad hospital yang dibenarkan oleh KKM untuk merawat Covid-19 (warded)
    • Sijil Cuti Sakit yang dikeluarkan oleh Hospital yang dibenarkan oleh KKM untuk merawat Covid-19.

4.  Borang Akuan Kehilangan Pendapatan seperti di Lampiran B. (Dokumen Asal)

5.  Salinan penyata bank / muka depan buku akaun.** (Salinan Diakui Sah)

** sekiranya pemohon tidak mempunyai akaun bank, pemohon boleh memberikan salinan penyata bank / muka depan buku akaun bank waris bersama-sama dengan surat perwakilan kuasa kepada waris seperti di Lampiran C serta salinan kad pengenalan waris yang diakui sah.

Cara Bayaran

Bayaran bantuan khas akan dibuat secara Electronic Fund Transfer (EFT) kepada pemohon yang layak dalam tempoh 30 hari bekerja dari tarikh penerimaan dokumen permohonan yang lengkap.

Untuk sebarang maklumat lanjut boleh layari laman web Bantuan Khas COVID-19 NADMA

Post a Comment

Previous Post Next Post