Saksikan Episod Penuh Drama Pink Smile Di Slot Lestari TV3


Jika tidak sempat untuk tonton Drama Pink Smile bagi slot Lestari TV3, anda boleh tonton kesemua episod drama tersebut di Youtube Drama Sangat.

Drama terbaru bagi slot Lestari, Pink Smile merupakan drama yang menggantikan drama The Gadis sebelum ini. Drama ini di adaptasi daripada sebuah karya Luna Adresia juga bertajuk Pink Smile yang diterbitkan pada 2016.

Selepas mendapat pembaca yang tinggi, Hazreen Hakim beserta Ayie Mustafa berminat untuk mengarah sebuah melodrama daripada sebuah karya novel kepada pentas lakonan yang dibintangi oleh Sweet Qismina, Fattah Amin, Intan Najuwa dan ramai lagi.

Pelakon Drama Pink Smile

Barisan pelakon yang membintangi drama ini cukup hebat juga antaranya ialah Fattah Amin, Sweet Qismina, Intan Najuwa, Izzat Mushtaq, Syafi Tee, Afifah Nasir, Natasya Mahyan, Esma Daniel, Noniswara, Iswan Ismail dan ramai lagi.


Sinopsis

Mengisahkan tentang seorang gadis bernama Luna (Sweet Qismina) yang amat menyukai seorang pemuda bernama Areeq (Fattah Amin). Areeq merupakan pemilik sebuah coffeehouse; Duncan CoffeeHouse. Hampir setiap hari Luna akan ke Duncan CoffeeHouse, hanya untuk melihat jejaka impiannya dari jauh namun tidak pernah berani memulakan perbualan dengan si pemilik kedai. Setiap kali Luna bertentang mata dengan Areeq atau Areeq berada terlalu dekat dengannya, gadis itu akan jatuh pengsan seakan-akan terkena panic attack. Rupa-rupanya pemuda itu memang sudah lama wujud dalam hidupnya, bertitik mula dengan sebuah layang-layang merah jambu.

Suatu malam, takdir memaksa Luna mengetuk pintu Duncan CoffeeHouse dan memulakan perbualan dengan si empunya kedai. Dari situ, insiden demi insiden menemukan Luna dengan jejaka impian lebih kerap. Dan tidak semena-mena, Areeq juga telah mengilhamkan menu Pink Smile dengan menjadikan gadis pelik yang datang ketuk pintu kedainya tengah malam itu, kerana perkara pertama yang dia ingat tentang gadis itu ialah senyumannya yang menampakkan baris giginya dengan pendakap gigi warna merah jambu.

Salah faham menjadikan hati Luna hancur dan dia mula cuba ingin melupakan Areeq tetapi tak pernah berjaya. Ada sahaja yang memaksanya untuk berhadapan dengan Areeq. Dan apabila salah faham itu usai, muncul pula Akif, sahabat karib Luna yang kembali membawa cinta yang selama ini tidak disedari mengakar sudah agak lama, cuma Akif yang kerap menafikannya. Tapi Luna tidak pernah mempunyai perasaan yang sama untuk Akif, sejak dulu lagi. Akif hanya dianggap sebagai seorang sahabat.

Areeq yang lambat sedar dia sebenarnya jatuh suka pada Luna akhirnya menunjukkan rasa cintanya hari demi hari. Ada sahaja alasan yang dia reka untuk menghabiskan masa dengan Luna. Luna yang merasakan semuanya itu mustahil kerap menolak kenyataan bahawa Areeq mungkin menyimpan perasaan yang sama padanya kerana tidak mahu kecewa. Pelbagai insiden mencuit hati antara dia dan Areeq membuatkan Luna terus dibuai pelbagai rasa. Dan sebaik semuanya jelas nyata, perasaan yang disimpan kemudian sama-sama diluahkan dan mereka mendapat bahagia sebagai pengakhiran.


Tayangan

Drama Pink Smile ini mula ditayangkan di TV3 bermula 31 Julai 2020 dengan jumlah 20 episod. Tayangan dibuat setiap rabu hingga jumaat, pada jam 9 malam di Slot Lestary TV3. Jika tidak kesempatan untuk tonton di tv3, anda juga boleh saksikan di youtube, sejam selepas tayangan.

Tonton Kesemua Episod Drama Pink Smile

- Tamat -



sumber : wikipedia

Post a Comment

Previous Post Next Post