Tweet Pengumuman Kematian Chadwick Boseman Menerima Liked Tertinggi Di Twitter

Tweet Pengumuman Kematian Chadwick Boseman Menerima Liked Tertinggi Di Twitter

Selepas sehari pengumumkan berkaitan kematian Chadwick Boseman di laman twitternya sendiri, hari ini, pihak Twitter mengesahkan tweet tersebut menerima jumlah Liked tertinggi setakat ini.

Baru sehari yang lepas ini, dunia hiburan Hollywood khususnya dan antarabangsa amnya menerima berita yang menyedihkan apabila pelakon watak Black Panther, Chadwick Boseman meninggal dunia kerana kanser kolon. Lebih mengejutkan, tiada siapa tahu yang mendiang menghidapi penyakit tersebut sejak 4 tahun yang lepas.

Jadi pihak pengurusan yang menguruskan laman sosial media milik beliau mengeluarkan kenyataan dimana Chadwick Boseman tiada lagi selepas yang telah menghidapi penyakit kanser pada tahap 4.

Lantaran itu, tweet tersebut mendapat pelbagai riaksi daripada orang ramai di seluruh dunia dan yang pastinya ramai sedih akan kehilangan pelakon hebat tersebut.

Tweet Terbanyak Liked Setakat Ini

Disebabkan itu juga, Twitter hari ini mengesahkan tweet pengumuman kematian Chadwick Boseman mendapat jumlah Liked yang paling tinggi dalam sejarah Twitter setakat ini dengan kata 'A tribute for for a King'. Sekali gus, menunjukkan ramai yang terkejut dengan kematian beliau.



Setakat artikel ini ditulis, tweet tersebut menerima 6.4 Juta Liked serta 3 Juta Retweet. Berbanding sebelum ini, tweet bekas Presiden Amerika, Barrack Obama telah menerima 4.3 Juta Liked. #WakandaForever

Post a Comment

Previous Post Next Post