Solat Ditepi Jalan Boleh Jatuh Hukum Haram Jika Memudaratkan Diri Dan Orang Ramai

Solat Ditepi Jalan Boleh Jatuh Hukum Haram

Beberapa hari yang lepas, telah tular sebuah gambar apabila ada mereka yang tengah melalukan solat di tepi lebuhraya ketika lakukan perjalanan pulang bagi menyambut Hari Raya Aidiladha.

Dalam kejadian itu, sebuah akaun twitter telah kongsikan sebuah gambar dengan gambaran 2 wanita sedang melakukan solat di tepi lebuhraya bersama-sama kereta lain juga berhenti di laluan kecemasan dalam keadaan lebuhraya ketika itu sedang sesak atau jammed dengan kenderaan lain juga. Dipercayai perkara tersebut berlakud di Lebuhraya Kuala Lumpur-Karak (KLK).

Gambar tersebut mendapat pelbagai riaksi daripada orang ramai terutamanya pengguna twitter melalui perkongsian gambar tersebut. Ada yang setuju kerana tidak sempat untuk berhenti di R&R dan sebagainya dan ada juga yang tidak bersetuju kerana ianya bukanlah tempat yang sesuai.

Solat Ditepi Jalan Boleh Jatuh Hukum Haram

Situasi ini mungkin kita biasa lihat di luar negara, apabila ada yang solat di tepi jalan kerana tidak sempat untuk berhenti ditempat yang sesuai seperti surau atau R&R ketika dalam perjalanan. Tetapi di Malaysia sangatlah jarang. Ini kerana di lebuhraya di Malaysia terdapat banyak tempat perhentian untuk anda berhenti untuk lakukan solat terutamanya.

Komen Mufti Pahang


Disebabkan isu ini dengan pelbagai riaksi yang diberi oleh orang ramai yang pastinya bukan mereka yang arif tentang agama. Oleh itu, Mufti Pahang Datuk Seri Abdul Rahman Osman tampi komen berkaitan perkara ini. Melalui laporan Harian Metro, Mufti ada memberitahu

"MELAKUKAN sesuatu yang memudaratkan diri hukumnya adalah haram walaupun perkara dilakukan itu wajib, cuba ikhtiar supaya dapat solat pada waktu tepat dalam keadaan selamat."

Tambahan lagi, beliau berkata, solat adalah perkara wajib dilakukan umat Islam bagaimanapun Islam meletakkan pemeliharaan nyawa sebagai pokok utama.

"Matlamat memelihara agama (hifz al-din) tidak akan tercapai kecuali dengan memelihara nyawa (hifz al-nafs).

Oleh itu, dalam situasi ini  jika membahayakan nyawa hukumnya adalah haram tetapi solat wajib dilakukan terutama waktu Subuh yang tidak boleh dilakukan secara jamak. Bagaimanakah jika anda sedang solat, ada motosikal yang tidak perasan kehadiran orang ramai di laluan tersebut. Bagaimana pula jika ada ambulans yang ingin menggunakan laluan kecemasan tersebut, tetapi anda sedang menutup jalan tersebut ketika anda solat.


Jalan Penyelesaian

Tetapi bagaimana pula jika betul-betul keadaan terdesak ketika itu. R&R sudah penuh tetapi waktu solat akan habis dalam beberapa minit lagi?

Mufti juga menambah, jika keadaan betul-betul terdesak hingga menyebabkan anda perlu menggunakan tepi jalan raya tersebut, anda perlu memastikan diri dan orang ramai selamat. Mungkin pengguna berkenaan boleh memasang lampu atau meletakkan benda supaya dapat memberitahu pengguna jalan raya lain.

"Bagaimanapun, jika keadaan terdesak, boleh melakukan solat secara menghormati waktu tetapi wajib qada sebaik tiba di destinasi masing-masing," katanya. Itulah pentingnya merancang perjalanan dan lebih elok mencari tempat yang bersesuaian untuk menunaikan solat.

Hari ini, pihak Lebuhraya ANIH dan LPT telah mengingatkan kepada orang ramai supaya tidak menggunakan laluan kecemasan untuk solat lagi. Ianya pasti membahayakan diri dan pengguna lain seperti ambulans, penunggang motor dan lain-lain. Pastinya akan ramai pengguna jalan raya akan pulang ke Kuala Lumpur selepas cuti Hari Raya sudah habis.

Admin ucapkan selamat pulang ke kota buat semua! Pandu cermat, jika selamat!
Baca Juga

0/Post a Comment/Comments

Recommended