Cara Buat Kek Coklat Tornado Mengikut Resepi Yang Anda Kena Cuba!

Cara Buat Kek Coklat Tornado Mengikut Resepi Yang Anda Kena Cuba!

Anda tercari-cari resepi untuk buat kek coklat viral untuk dihidangkan kepada yang tersayang. Anda boleh cuba sini cara buat kek coklat tornado mengikut resepi yang mudah sahaja.

Kek coklat sekarang disadurkan dengan penambahan perasa supaya menjadi lebih enak dimakan. Ada yang digabungkan dengan topping susu, cheese atau dengna taburan coklat sendiri. Dengan itu, pastinya bikin anda ketagih untuk makan kek coklat tu kan.

Jadi, jangan risau, anda boleh ikuti resepi kek coklat tornado bersama-sama coklat ganache dan topping cheese. Ini makan memang anda kena cuba!

Resepi Kek Coklat Viral Tornado


Bahan Untuk Kek

Bahan A

  • 5 biji telur
  • 1 cawan gula halus
  • 1 sudu kecil esen vanilla
  • 1/2 cawan susu pekat
  • 1 cawan minyak atau marjerin cair

Bahan B

  • 1 1/2 cawan tepung gandum
  • 1 cawan serbuk koko
  • 1 sudu kecil baking powder
  • 1/2 sudu kecil soda bikarbonat
  • Sedikit garam halus

Bahan C

  • 1/2 cawan air panas

Cara Buat Kek

1.  Satukan telur, gula dan esen vanilla. Kacau rata gunakan senduk atau whisk

Cara Buat Kek Coklat Tornado Mengikut Resepi Yang Anda Kena Cuba!

2.  Kemudian masukkan susu pekat dan marjerin.

Cara Buat Kek Coklat Tornado Mengikut Resepi Yang Anda Kena Cuba!

3.  Di dalam bekas yang lain ayakkan bahan B. Kemudian masukkan bahan B ke dalam bahan A. Kacau dengan sebati.

Cara Buat Kek Coklat Tornado Mengikut Resepi Yang Anda Kena Cuba!

4.  Masukkan air panas dan kacau sekali lagi sehingga tiada ketulan tepung.

5.  Masukkan adunan ke dalam bekas kecil dan kukus selama 30 minit atau sehingga masak.

Cara Buat Kek Coklat Tornado Mengikut Resepi Yang Anda Kena Cuba!

Cara Buat Kek Coklat Tornado Mengikut Resepi Yang Anda Kena Cuba!

Bahan untuk coklat ganache:

  • 500g milk chocolate
  • 1 cawan dairy whipping cream
  • 1 sudu besar marjerin

Cara Buat Coklat Ganache

1.  Satukan semua bahan dan cairkan dengan kaedah double-boil.

Cara Buat Kek Coklat Tornado Mengikut Resepi Yang Anda Kena Cuba!

2.  Kacau sehingga likat dan smooth.

Cara Buat Kek Coklat Tornado Mengikut Resepi Yang Anda Kena Cuba!

3.  Kemudian, sejukkan sebentar di dalam peti bahagian biasa.

Bahan untuk topping  cheese:

250g cheese tatura
3 sudu besar susu pekat
1/2 cawan non-dairy whiping cream
1/4 cawan susu segar

Cara-cara untuk topping  cheese:

1.  Masukkan cheese dan susu pekat dalam mixer dan whisk sampai sebati

Cara Buat Kek Coklat Tornado Mengikut Resepi Yang Anda Kena Cuba!

2.  Kemudian masukkan whiping cream sejuk-sejuk dan whisk sehingga kembang.

Cara Buat Kek Coklat Tornado Mengikut Resepi Yang Anda Kena Cuba!

3.  Selepas dah gebu, masukkan susu segar dan whisk sekali lagi.

Cara Buat Kek Coklat Tornado Mengikut Resepi Yang Anda Kena Cuba!

4.  Ambil kek yang sudah siap dikukus dan sapu topping cheese diatas kek dengan rata.

Cara Buat Kek Coklat Tornado Mengikut Resepi Yang Anda Kena Cuba!

5.  Selepas itu, keluarkan coklat ganache di dalam peti sejuk dan tuangkan diatas layer cheese. Taburkan topping mengikut citarasa masing-masing.

Cara Buat Kek Coklat Tornado Mengikut Resepi Yang Anda Kena Cuba!


Sumber : Azlina Ina dan dailymakan.com

Post a Comment

Previous Post Next Post