7 Senarai Telefon Dengan Bateri Besar 5000 mAh Dengan Harga Bawah RM1000 Bagi Tahun 2020

7 Senarai Telefon Dengan Bateri Besar 5000 mAh Dengan Harga Bawah RM1000 Bagi Tahun 2020

Anda sedang mencari telefon pintar baru? Anda boleh tengok sini senarai telefon pintar dengan kapasiti bateri besar sehingga 5000 mAh dengan tanda harga bawah RM1000 terbaru bagi tahun 2020.

Bateri antara teknologi yang lambat berevolusi berbanding teknologi lain tetapi sekarang menunjukkan peningkatan. Jika dulu, untuk dapatkan sebuah smartphone yang mampu bertahan lebih sehari sangat susah, jika ada pun terpaksa mengorbankan ciri-ciri 'smartphone tersebut.

Kini bateri menunjukkan pembaharuan dari segi kapasiti bateri itu sendiri. Sebelum tahun 2019, biasanya kapasiti bateri adalah dibawah 3000 mAh dan hanya mampu bertahan lebih sikit atau setengah hari. Jadi terpaksa la caj selalu kan. Kini tidak lagi, ini kerana kapasiti bateri terbaru boleh cecah sampai 5000 mAh dan ianya mampu bertahan lebih daripada sehari dan mampu sehingga 2 hari. Barulah tak perlu caj selalu kan.

7 Senarai Telefon Dengan Bateri Besar 5000 mAh Dengan Harga Bawah RM1000 Bagi Tahun 2020

Jika jika anda bercadang untuk dapatkan sebuah telefon pintar dengan kapasiti bateri besar atau bateri tahan lama, anda boleh cara telefon yang mempunyai kapasiti sehingga 5000 mAh ini. Selain itu, telefon jenis ini sangat sesuai kalau diberi kepada ibu bapa kita yang mahukan ciri 'smartphone' tersebut seperti boleh Whatsapp, facebook atau video call dengan kawan-kawan dan anak-anak. Atau mungkin mereka yang sedang mencari telefon kedua bagi urusan sampingan atau bisnes. Dengan bateri tahan lama ini, ibubapa tak perlu nak caj selalu atau peniaga takkan terlepas daripada pelanggan yang mahukan barangan kita.

Senarai ini memberikan jenis telefon yang wajib mempunyai sekurang-kurangnya kapasiti bateri lebih 5000 mAh dengan harga bawah RM1000 terbaru untuk tahun 2020.

7 Senarai Telefon Dengan Kapasiti Bateri Besar 5000 mAh Bawah Harga RM1000 Tahun 2020


#1. Huawei Y6P

Huawei Y6P

Huawei antara jenama telefon pintar yang mendapat sambutan yang hangat di kalangan pengguna. Telefon ini menawarkan paparan skrin sebesar 6.3 inci yang mana tidak terlalu kecil dan tidak terlalu besar. Tetapi bateri kapasitinya besar iaitu 5000 mAh. Ditambah lagi dengan ciri reverse charging dimana anda boleh buatkan ia sebagai power bank juga. Disebabkan Huawei Y6P dikeluarkan pada Mei 2020, ianya kini tidak lagi menyokong Google Play Store sebaliknya menggunakan perisian sendiri dikenali Huawei App Gallery. Selain itu, masih menggunakan port pengecasan micro USB 2.0. Sedih!

Saiz Skrin : 6.3 Inci IPS LCD | OS : Android 10 | Chipset : Mediatek Helio P22 (12nm) | Kamera : tri-camera (13mp + 5mp + 2mp) + 8mp camera selfies | RAM : 3/4 RAM | ROM : 32/64 GB | Bateri : 5000 mAh


#2. Realme C11

Realme C11

Ini antara senarai telefon yang harga terendah iaitu bawah RM500. Selain itu, antara telefon yang terbaru dikeluarkan oleh pihak Realme. Walaupun harganya bajet tetapi spesifikasi yang diberi agak baik seperti ciri dual-sim, Android 10 yang terbaru, chipset MediaTek Helio G35 dan corak kamera seakan iPhone dengan dual camera disediakan. Selain itu, kalau memory tak cukup, boleh tambah SD card kerana disediakan card slot. Yang penting kapasiti bateri adalah 5000 mAh. Memang tahan lama jawabnya. 

Saiz Skrin : 6.5 Inci IPS LCD | OS : Android 10 | Chipset : Mediatek Helio G35 (12nm) | Kamera : dual-camera (13mp + 2mp) + 5mp camera selfies | RAM : 2 RAM | ROM : 32 GB | Bateri : 5000 mAh


#3. Xiaomi Redmi Note 9 Pro

Xiaomi Redmi Note 9 Pro

Antara senarai telefon yang mempunyai sehingga 4 kamera. Tak cukup lagi tak tahu la. Xiaomi Redmi Note 9 Pro juga memberi jangka hayat bateri yang sedikit besar berbanding yang lain iaitu 5020 mAh. Selain itu ada slot kad memori, menggunakan Android 10, menggunakan chipset Snapdragon pastinya lebih padu. Dengan kesemua keistimewaan ini, anda boleh dapatkan dengan harga bawah RM1000 untuk tahun 2020.

Saiz Skrin : 6.67 Inci IPS LCD | OS : Android 10 | Chipset : Snapdragon 720G (8nm) | Kamera : quad-camera (64mp + 8mp + 5mp + 2mp) + 16mp camera selfies | RAM : 6 RAM | ROM : 64/128 GB | Bateri : 5020 mAh


#4. Samsung Galaxy A21s

Samsung Galaxy A21s

Samsung Galaxy A21s telah dilancarkan pada Mei 2020 yang lepas. Samsung menggunakan chipset sendiri dengan kuasa Exynos 850. Dengan kapasiti bateri sehingga 5000 mAh, ianya juga telah dilengkapkan dengan fast charging 15W. Jangan risau kalau caj lambat. Telefon ini juga memberikan 4 kamera sehingga 48mp yang memberikan pengalaman tangkap gambar yang cantik. Telefon ni juga ada sediakan memory kad slot sehingga 512GB.
  
Saiz Skrin : 6.5 Inci IPS LCD | OS : Android 10 | Chipset : Samsung Exynos 850 (8nm) | Kamera : quad-camera (48mp + 8mp + 2mp + 2mp) + 13mp camera selfies | RAM : 3/4/6 RAM | ROM : 32/64 GB | Bateri : 5000 mAh


#5. Vivo Y50

Vivo Y50

Vivo Y50 dilancarkan pada April 2020 yang lepas. Jika anda peminat Funtouch, anda boleh dapatkan telefon VIVO ini yang juga memberikan kapasiti bateri sehingga 5000 mAh. Telefon ini juga menggunakan 4 kamera yand disusun memanjang disamping pengimbas cap jari. Selain itu, ianya juga dikuasakan dengan chip Snapdragon dan menjalankan Android 10. Ada juga slot memori untuk tambah space di dalam telefon ini.

Saiz Skrin : 6.53 Inci IPS LCD | OS : Android 10 | Chipset : Snapdragon 665 (11nm) | Kamera : quad-camera (13mp + 8pm + 2mp + 2mp) + 16mp camera selfies | RAM : 6/8 RAM | ROM : 128 GB | Bateri : 5000 mAh


#6. Xiaomi Redmi 9


Xiaomi Redmi 9

Seterusnya pilihan untuk anda dapatkan telefon bawah RM1000 dengan kapasiti bateri sebanyak 5000 mAh adalah Xiaomi Redmi 9. Jika Redmin Note 9 Pro menggunakan chipset Snapdragon, Redmi 9 ini menggunakan chipset Mediatek. Dengan harga bawah seribu, anda dapat telefon bersaiz 6.53 inci yang menjalankan Android 10 bersama MIUI 11. Telefon ini juga menawarkan 4 buah kamera di belakang yang disusun menegak pada bahagian tengah dan 1 kamera selfie di bahagian hadapan.

Saiz Skrin : 6.35 Inci IPS LCD | OS : Android 10 | Chipset : Mediatek Helio G80 (12nm) | Kamera : quad-camera (13mp + 8mp + 5mp + 2mp) + 8mp camera selfies | RAM : 3/4/6 RAM | ROM : 32/64/128 GB | Bateri : 5020 mAh


#7. Realme C12

Realme C12

Telefon terakhir yang terbaru adalah Realme C12, yang baru sahaja dilancarkan di Malaysia pada Ogos 2020. Selain daripada harga bawah RM1000, telefon ini antara senarai yang mempunyai paling besar kapasiti bateri iaitu 6000 mAh. Realme memberitahu sendiri, telefon ini mampu bertahan sehingga 57 hari dalam mod sedia iaitu tidak menggunakan telefon tersebut. Pergh!! Selain itu juga, ianya ditawarkan dengan 3 kamera disusun dalam kotak. Ini memang sesuai la kepada mereka yang jenis malas nak caj telefon. Jika rasa kapasiti memori tidak cukup, jangan risau, ada juga disediakan slot memori tambahan.

Saiz Skrin : 6.5 Inci IPS LCD | OS : Android 10 | Chipset : Mediatek Helio G35 (12nm) | Kamera : tri-camera (13mp + 2mp + 2mp) + 5mp camera selfies | RAM : 3 RAM | ROM : 32 GB | Bateri : 5000 mAh

Shopee - RM659/Icon/button   Lazada - RM529/Icon/button/#367DC4


p/s : perubahan harga mungkin berlaku dari semasa ke semasa

Post a Comment

Previous Post Next Post