Apa Perlu Buat Bila Cermin Kereta Anda Pecah Disebabkan Terkena Batu Daripada Aktiviti Potong Rumput?

Apa Perlu Buat Bila Cermin Kereta Anda Pecah Disebabkan Terkena Batu Daripada Aktiviti Potong Rumput?

Ketika anda memandu, tiba-tiba cermin kereta anda pecah disebabkan batu melantun berpunca daripada aktiviti potong rumput di tepi jalan. Apa anda perlu buat sebagai pemilik kereta tersebut?

Perkara ini berlaku dalam situasi apabila anda ketahui batu tersebut melantun dan datang daripada kerja potong rumput. Jika anda tidak memandu sekali pun, tetapi terkena di kereta anda ketika parking di luar atau di rumah. Yang paling penting adalah pemotong rumput anda di tempat kejadian dan anda pasti ianya berpunca daripada lantunan batu.

Perkara ini kebarangkalian untuk berlaku sangatlah tinggi apabila ada yang potong rumput berdekatan dengan kereta. Oleh itu jika berlaku, apa anda perlu buat? Takkan nak minta ganti rugi daripada pemotong rumput tersebut? atau nak minta rugi daripada syarikat kontraktor mereka?

Oleh itu, ikuti perkongsian daripada Mohd Aminudin di facebook berkaitan perkara ini. Apa yang anda perlu buat jika batu melantun dan terkena cermin kereta anda dan pecah. Nak minta ganti rugi daripada siapa?

Apa Perlu Buat Jika Cermin Kereta Pecah?

Apa Perlu Buat Bila Cermin Kereta Anda Pecah Disebabkan Terkena Batu Daripada Aktiviti Potong Rumput?

Jangan panik, berhenti kereta ke tepi, ambil gambar dan berjumpa dengan pekerja mesin rumput tersebut. Dapatkan nama penuh dan syarikat kontraktor pekerja yang membuat kerja mesin rumput itu.

Tahukah anda setiap kerja pemotongan rumput di tepi jalan mempunyai insurans? Ini kerana pihak berkuasa tempatan MEWAJIBKAN mana-mana syarikat yang ingin memasuki tender mesin rumput mesti mempunyai insurans jika berlaku kemalangan yang tidak diingini.

Sebelum kerja pemotongan rumput boleh dijalankan, pihak syarikat hendaklah mengemukakan "Cover Note" insurans mereka kepada pihak berkuasa tempatan terlebih dahulu sebagai bukti bahawa syarikat tersebut telah dilindungi oleh pihak insurans jika berlaku kemalangan.

Setelah anda mendapat nama syarikat tersebut, semak dengan pihak syarikat dimanakah bengkel kereta panel insurans syarikat terbabit? Buat laporan polis dalam tempoh 24 jam dan setelah selesai, bawa laporan polis tersebut ke bengkel panel insurans syarikat tersebut untuk mendapatkan cermin baru.

Laporan polis tersebut hendaklah menyatakan nama pemotong rumput (jika ada IC lebih baik), nama syarikat dan alamat, tarikh dan masa kejadian,serta nama jalan dan juga kawasan di mana kejadian berlaku.

Jadi selepas ini kalau berhadapan dengan kejadian seperti ini tenang dan jangan marah. Berhenti ke tepi, ambil gambar dan berjumpa dengan pekerja tersebut untuk berbincang.


sumber : Mohd Aminudin

Post a Comment

Previous Post Next Post