Saksikan Drama Kebaya Kasut Kanvas Di TV3 Atau Strim Online Secara Percuma

Saksikan Drama Kebaya Kasut Kanvas Di TV3 Atau Strim Online Secara Percuma

Kepada peminat drama TV3, sebuah lagi drama melayu yang dipertontonkan di kaca tv3 dengan penampilan penyanyi terkenal Nabila Razali dalam drama Kebaya Kasut Kanvas.

Drama ini telah menemui penonton bermula 12 Ogos 2020 yang lepas. Drama yang di adaptasi daripada novel 2017, Si Baju Kurung Kasut Kanvas karya Umie Nadzimah seterusnya di bawa ke kaca tv melalui Slot Drama Pukul 6 di TV3.

Kebaya Kasut Kanvas merupakan arahan daripada Emi Suffian. Drama ini dibarisis pelakon terkenal seperti Nabila Razali, Fahrin Ahmad, Rozita Che Wan, Ariana Amani, Mona Allen, Ismail Izzani, Haqiem Rusli, Zainol Macwilson, Ikmal Amry dan beberapa pelakon lain

Saksikan Drama Kebaya Kasut Kanvas Di TV3 Atau Strim Online Secara Percuma

Sinopsis Kebaya Kasut Kanvas

Suria (Nabila Razali) bekerja di sebuah syarikat fesyen. Dia dikenali dengan cara pemakaian uniknya yang gemar mengenakan baju kebaya dengan kasut kanvas. Suria tidak pernah mempunyai teman lelaki sejak zaman kolej dan dia seorang yang terlalu sibuk dengan kerjanya sehingga ibunya, Cik Pah (Rozita Che Wan) mula risau jikalau anak daranya tidak akan kahwin.

Tanpa pengetahuan Suria, Cik Pah telah menerima lamaran kahwin bagi pihaknya. Cik Pah juga merahsiakan siapakah bakal suaminya malah Suria disuruh untuk mencari siapakah lelaki tersebut. Cik Pah hanya memberi satu petunjuk bahawa Suria juga mengenali lelaki itu.

Saksikan Drama Kebaya Kasut Kanvas Di TV3 Atau Strim Online Secara Percuma

Waktu Tayangan

Jangan lupa untuk tonton drama Kebaya Kasut Kanvas melalui slot drama pukul 6 di TV3 pada setiap hari Rabu & Khamis jam 6 petang untuk 10 episod. Anda juga boleh strim melalui www.tonton.com.my dalam waktu yang sama. Selain itu, boleh strim secara percuma di youtube TV3 Malaysia Official sejurus selepas tontonan di tv.

Tonton Kesemua Episod Kebaya Kasut Kanvas Secara Percuma


Post a Comment

Previous Post Next Post