Cik Puan Kongsikan Resepi Cara Buat Kuah Oden Sedap Sendiri Di Rumah

Resepi Cara Buat Kuah Oden Sedap Sendiri Di Rumah

Ada peminat oden yang tengah mencari resepi, anda berada di tempat yang betul. Selain beli di kedai, anda boleh lihat sini resepi cara buat kuah oden sedap sendiri je di rumah.

Oden ni kalau di Malaysia mesti kaitkan dengan Family Mart. Manakan tidak, orang ramai datang ke family mart selain membeli makanan atau minuman, mereka juga beli juadah oden. Family Mart ada menyediakan juada oden, fresh dan panas yang disediakan oleh pekerja mereka. Kuah yang sedap sehingga minta tambah.

Tapi sayang, ianya terhad, ini kerana premis Family Mart bukan di semua negeri ada. Kebanyakkan hanya ada di Lembah Klang sahaja. Jadi bagaimana orang pantai timur nak merasa oden ni? Macam mana orang Utara dan Borneo? Mereka nak juga rasa. (Tahun 2020 ni, banyakkan lah premis di negeri lain juga ya Family Mart)

Jangan risau, sebenarnya anda boleh buat sendiri sahaja hidangan oden ni. Lihat bagaimana seorang pengguna facebook, Cik Puan Akma kongsikan resepi cara buat kuah oden sedap yang katanya lebih sedap daripada Family Mart tau. Jadi kalau anda nak rasa, anda boleh cuba resepi ini dan dapatkan bahan-bahan yang digunakan dan masak dirumah.

Resepi Cara Buat Kuah Oden Sedap

Anda perlu tahu, oden ini adalah kuah tersebut, jadi untuk isi di dalamnya terserah kepada anda. Ada yang masukkan maggi, isi ketam, chicken ball, fish ball, sosej. Kalau ada sayur, contoh boleh letak sawi cina, enoki, cendawan tiram dan macam-macam lagi. Ikut citarasa dan kegemaran anda.

Lepas ni, tak payah pergi jauh-jauh dah. Buat je oden sendiri di rumah

Bahan-Bahan

  • 2 paket perencah Tomyam Adabi
  • 2 paket perencah Sup Siam Adabi
  • 1 paket perencah Asam Pedas Adabi
  • 2 ketul kiub Pati Ayam
  • Air 1.5 liter.
  • Gula 1 sudu.
Cik Puan Kongsikan Resepi Cara Buat Kuah Oden Sedap Sendiri Di Rumah

Cik Puan Kongsikan Resepi Cara Buat Kuah Oden Sedap Sendiri Di Rumah

Cara-Caranya

Cara masaknya sangat mudah. Anda masukkan kesemua perencah bersama air dan biarkan sehingga mendididih. Kemudian dah mendidih, boleh masukkan, semua bahan-bahan steamboat anda. Dah siap. Anda akan rasa masam-masam manis pedas. Sedap!


Cik Puan Kongsikan Resepi Cara Buat Kuah Oden Sedap Sendiri Di Rumah

Cik Puan Kongsikan Resepi Cara Buat Kuah Oden Sedap Sendiri Di Rumah

Lepas ni, tak payah pergi jauh-jauh dah. Buat je oden sendiri di rumah. Makan panas-panas, bestnya weh!!


Sumber : Cik Puan Akma
Baca Juga

0/Post a Comment/Comments

Recommended