Gagal Patuhi SOP, Menteri Dikompaun RM1000 Oleh KKM

Gagal Patuhi SOP, Menteri Dikompaun RM1000 Oleh KKM

Selepas isu ini berlegar di internet, akhirnya hari ini Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) telah mengeluarkan kenyataan dimana seorang Menteri telah dikompaun RM1000 atas kesalahan langgar SOP.

Kenyataan ini dikeluarkan sendiri oleh pihak KKM dimana Menteri Perusahaan Perladangan dan Komoditi, YB Dato Dr. Mohd Khairuddin bin Aman Razali telah didapati melakukan kesalahan di bawah Peraturan-Peraturan Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit (Langkah-Langkah Di Dalam Kawasan Tempatan Jangkitan) (No. 7) 2020, Akta Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit 19918 [Akta 342]

Sebelum ini, dilaporkan YB Dato Dr. Khairuddin telah pun pergi ke Turki bagi urusan kerja dan telah pulang ke Malaysia pada 7 Julai 2020. Sejurus tiba di Lapangan Terbang Antrabangsa, KLIA, beliau telah menjalani swab test kali pertama dan di dapati negatif. Kemudian, ujian saringan COVID-19 kali kedua dan ketiga juga menunjukkan keputusan negatif.

Sepatutnya beliau perlu menjalani kaurantin 14 hari seperti yang diumumkan oleh Menteri Kanan Keselamatan bersama-sama pihak KKM dan MKN. Disebabkan beliau telah gagal mematuhi peraturan dibawah Akta 342, Pegawai Diberi Kuasa (PDK) telah mengeluarkan kompaun sebanyak RM1000 kepada YB Menteri pada 7 Ogos 2020 yang lepas. Beliau juga dilaporkan telah menjelaskan kompaun tersebut.

Permohonan Maaf Daripada YB Menteri

Gagal Patuhi SOP, Menteri Dikompaun RM1000 Oleh KKM

Sejurus kenyataan daripada KKM tersebut, Dato Dr. Khairuddin Takiri memohon maaf atas kesilapan beliau melalui kenyataan media yang dikeluarkan.

Beliau memohon jutaan kemaafan kepasa seluru rakyat Malaysia atas apa yang berlaku. Sebagai Menteri juga beliau bertanggungjawab untuk akur kepada peraturan dan SOP sepanjang tempoh PKPP.

Disebabkan itu, YB Menteri akan memulangkan semua gajinya sebagai Menteri untuk Mei hingga Ogos 2020 sebagai sumbangan kepada Tabung Bantuan Bencana Negara (Tabung COVID-19) dibawah Kementerian Kesihatan Malaysia.

Beliau menambah, beliau akan terus bekerja keras dan melipatgandakan lagi segala usaha dan tenaga untuk melaksanakan tugasan amanah sebagai Menteri. 


sumber : KKM dan facebook drtakiri

Post a Comment

Previous Post Next Post