Saksikan Drama Bidadari Kiriman Tuhan Di Astro RIA Dengan Penampilan Mira Filzah Dan Zul Ariffin

Saksikan Gandingan Mira Filzah Dan Zul Ariffin Dalam Drama Bidadari Kiriman Tuhan Di Astro RIA Dan Secara Online

Kepada yang nantikan drama Bidadari Kiriman Tuhan ini, bermula 25 Ogos 2020, drama ini mula ditayangkan di Astro RIA dan Astro GO melalui slot MegaDrama.

Mereka yang menantikan drama ini kerana gandingan mantap daripada Mira Filzah dan Zul Ariffin yang merindui pasangan ini berlakon bersama-sama. Jika sebelum ini di dalam filem, kali ni mereka kembali dalam drama bertajuk Bidadari Kiriman Tuhan.

Drama terbitan Opera Klasik Sdn Bhd, arahan Rashid Sibir ini telah membariskan barisan pelakon handalan seperti Mira Filzah, Zul Ariffin, Zarina Zainuddin, Ruminah, Maisara Sufia dan ramai lagi. Nak tengok Mira Filzah bawa 2 watak di dalam drama ni? Kena tengoklah nanti.

Saksikan Gandingan Mira Filzah Dan Zul Ariffin Dalam Drama Bidadari Kiriman Tuhan Di Astro RIA Dan Secara Online

Sinopsis Drama Bidadari Kiriman Tuhan

Mira Filzah akan membawa 2 watak dalam drama ini iaitu Manis dan Manja.

Lihat bagaimana pasangan kekasih antara Cikgu Yusof (Zul Ariffin) dan Manis (Mira Filzah) sebelum melangsungkan perkahwinan. Dalam masa yang sama, Manis juga mempunyai saudara kembar bernama Manja yang merupakan seoran Autisme yang tinggal bersama emak dan neneknya. Manis sangat sayang akan adik kandungnya bersama ahli keluarganya yang lain. Ikuti kisah hidup Manis dan Manja bagi mengharungi hidup-hidup seharian. Adakah Cikgu Yusof berjaya menikahi Manis?

Saksikan Gandingan Mira Filzah Dan Zul Ariffin Dalam Drama Bidadari Kiriman Tuhan Di Astro RIA

Waktu Tayangan

Jangan lupa tonton Bidadari Kiriman Tuhan setiap Isnin hingga Khamis pada pukul 10 malam melalui slot MegaDrama di Astro RIA dan RIA HD serta melalui Astro GO untuk kesemua 25 episod. Anda juga boleh tonton secara strim di Youtube Astro Gempak secara percuma selepas tayangan di kaca TV.

Tonton Kesemua Episod Drama Bidadari Kiriman Tuhan


sumber : AstroGempak
Baca Juga

0/Post a Comment/Comments

Recommended