Berapa Nilai Duit Kertas Ringgit Malaysia Yang Rosak Dan Koyak Bila Ditukar Di Bank?

Berapa Nilai Duit Kertas Ringgit Malaysia Yang Rosak Dan Koyak Bila Ditukar Di Bank?

Jika anda mempunyai duit kertas Ringgit Malaysia yang koyak atau rosak, agaknya berapa nilai diperoleh jika anda buat tukaran di mana-mana cawangan bank perdagangan cawangan Bank Negara Malaysia?

Kita mungkin kadang tak sedar, kita simpan duit kertas Ringgit Malaysia tetapi duit tersebut telah rosak. Mungkin keadaanya sudah kotor atau lusuh, lembik, renyuk, terconteng, luntur warna, sudah koyak dan sebagainya.

Tapi takkan duit tersebut anda nak buang. Nak tukar di kedai, pastinya mereka tidak akan menerima. Nak tukar di bank? Mereka nak ke? Jadi sebab itulah anda perlu tahu beberapa keadaan duit kertas tersebut adakah ianya diterima oleh pihak bank atau tidak selepas ianya sudah rosak atau koyak.

Duit kertas kini sudah semakin moden apabila pada tahun 2012 telah diperkenalkan Wang Polimer iaitu bagi nilai RM1 dan RM5. Nilainya masih sama dengan duit kertas lama tetapi memiliki beberapa kelebihan berbanding duit kertas versi lama. Antaranya :
  • Tidak mudah koyak
  • Wang polimer tidak menyerap air
  • Lebih bersih
  • Lebih tahal lama

Walaupun ianya memiliki kelebihan tersendiri tetapi wang polimer ini juga perlu dikendalikan dengan cara yang betul supaya ianya boleh digunakan dalam tempoh yang lebih lama. Oleh itu, anda perlulah :
  • Simpan wang polimer seperti RM1 dan RM5 secara mendatar atau menegak di dalam beg duit atau dompet anda
  • Bersihkan dengan air. Ianya tidak serap air. Jadi selamat 
  • Gunakan pengikat gelong kertas untuk mengikat wang polimer

Mengendalikan Wang Ketas Dengan Betul

Manakala bagi wang kertas versi lama, anda juga perlu kendalikan dengan baik dan cermat sama seperti wang polimer. Ianya diperbuat daripada kapas, jadi elakkan perkara-perkara berikut:
  • JANGAN lipat wang kertas berulang kali (contohnya untuk dijadikan bahan hiasan) kerana ia akan meninggalkan kesan lipatan kekal
  • JANGAN renyukkan wang kertas
  • JANGAN gunakan dawai kokot, objek tajam atau pin pada wang kertas
  • JANGAN masukkan wang kertas ke dalam air atau peluntur warna
  • JANGAN kikis jalur holografik yang terdapat pada wang kertas RM50
  • JANGAN ubah suai wang kertas

Keadaan Duit Kertas Ringgit Malaysia

Jadi jika keadaa wang sama ada wang kerta polimer atau kapas telah tidak menepati standar kualiti yang ditetapkan dan tidak lagi sesuai untuk urusan jual beli, adakah ianya betul-betul tidak boleh digunakan? Sebagai contoh seperti keadaan dibawah

1.  Renyuk

Berapa Nilai Duit Kertas Ringgit Malaysia Yang Rosak Dan Koyak Bila Ditukar Di Bank?

2. Luntur Warna

Berapa Nilai Duit Kertas Ringgit Malaysia Yang Rosak Dan Koyak Bila Ditukar Di Bank?

3. Berlubang

Berapa Nilai Duit Kertas Ringgit Malaysia Yang Rosak Dan Koyak Bila Ditukar Di Bank?

4.  Diubah suai

Berapa Nilai Duit Kertas Ringgit Malaysia Yang Rosak Dan Koyak Bila Ditukar Di Bank?

5.  Mengecut

Berapa Nilai Duit Kertas Ringgit Malaysia Yang Rosak Dan Koyak Bila Ditukar Di Bank?

6.  Terbakar

Berapa Nilai Duit Kertas Ringgit Malaysia Yang Rosak Dan Koyak Bila Ditukar Di Bank?

Jadi duit-duit ini tidak boleh digunakan lagi dan pastinya tidak diterima jika anda menggunakan dalam transaksi jual beli atau bank-in guna ATM. Tetapi ianya boleh diselamatkan lagi iaitu dengan cara tukar wang tersebut dimana-mana bank dan Pejabat Bank Negara Malaysia. 

Tetapi sekiranya anda berhajat untuk tukar wang tersebut, ada syarat yang dikenakan iaitu mengikut keadaan duit kertas tersebut. Ikuti garis panduan berikut bagi menentukan nilai wang kertas apabila di tukar di bank. Nilai tukar tersebut dalam 3 keadaan iaitu sama ada Nilai Penuh, Nilai Separuh atau Tiada Nilai

Saiz Wang Kertas

Nilai Penuh - Apabila 2/3 daripada saiz asal wang kertas

Berapa Nilai Duit Kertas Ringgit Malaysia Yang Rosak Dan Koyak Bila Ditukar Di Bank?

Nilai Separuh - Lebih 1/2 (setengah) tetapi kurang 2/3 daripada saiz asal wang kertas

Berapa Nilai Duit Kertas Ringgit Malaysia Yang Rosak Dan Koyak Bila Ditukar Di Bank?

Tiada Nilai - Kurang 1/2 (setengah) daripada saiz asal wang kertas

Berapa Nilai Duit Kertas Ringgit Malaysia Yang Rosak Dan Koyak Bila Ditukar Di Bank?

Contengan

Nilai Penuh - Sedikit contengan

Berapa Nilai Duit Kertas Ringgit Malaysia Yang Rosak Dan Koyak Bila Ditukar Di Bank?

Nilai Separuh - Membuat tanda pada potret DYMM SPB Yang di-Pertuan Agong atau tulisan yang berunsurkan politik, agama atau perkauman

Berapa Nilai Duit Kertas Ringgit Malaysia Yang Rosak Dan Koyak Bila Ditukar Di Bank?

Tiada Nilai - Contengan ketara atau menggunakan wang kertas sebagai pelapik tulisan

Berapa Nilai Duit Kertas Ringgit Malaysia Yang Rosak Dan Koyak Bila Ditukar Di Bank?

sumber : BNM
Baca Juga

0/Post a Comment/Comments

Recommended