Senarai Tempat Jual Bahan Kitar Semula Di Sekitar Putrajaya & Cyberjaya Beserta Harga

Senarai Tempat Jual Bahan Kitar Semula Di Sekitar Putrajaya & Cyberjaya Beserta Harga

Jika anda memiliki barangan yang boleh kita semula, daripada anda buang lebih baik anda jual di tempat-tempat yang disediakan jika berada di di sekitar Putrajaya Dan Cyberjaya. Boleh juga buat duit kan.

Kita mungkin tak perasan sebenarnya banyak sahaja sampah yang berada di rumah kita sebenarnya boleh ditukarkan kepada wang ringgit melalui jualan barang kitar semula. Jadi daripada anda buang di tong sampah, apa kata anda kumpul dan pergi jual.

Ini kerana ada pusat kitar semula yang menerima sampah anda tersebut tetapi mestilah mengikut kemahuan mereka berlandaskan barangan yang boleh dikitar semula. Sebagai contoh, keras, surat khabar, kotak, tin, besi, plastik, minyak masak terpakai pun boleh dijual dan dikitar semula.

Minyak masak yang ada di rumah anda, mungkin biasa buang di singki dan terus masuk ke longkang. Lama-lama sistem perparitan akan kotor dan busuk disebabkan minyak terpakai tersebut. Jadi lepas ni, mungkin lebih baik, anda kumpul banyak-banyak dalam botol dan jual di pusat kitar semula. Anda boleh dapat sehingga RM1.10/kg tau.

Senarai Tempat Jual Bahan Kitar Semula Di Sekitar Putrajaya & Cyberjaya Beserta Harga

Jadi jika anda berada di sekitar Putrajaya dan Cyberjaya, anda boleh pergi jual di pusat Buy Back Centre (BBC) yang dikendalikan oleh Alamflora. Jadi anda boleh tengok sini waktu operasi, lokasi dan harga setiap barangan yang mereka beli mengikut timbangan

Waktu Operasi Beserta Lokasi

Lokasi Hari Masa
Persint 9 Isnin - Ahad 8.30 am - 5.30 pm
Persint 8 Sabtu & Ahad 8.30 am - 5.30 pm
Persint 16 Sabtu 8.30 am - 5.30 pm
Persint 14 Ahad 8.30 am - 5.30 pm
Persint 11 & 18 Ahad 8.30 am - 5.30 pm
Jalan Bunus 6 Isnin, Rabu & Ahad 11.00 am - 4.00 pm
Cyberjaya Isnin, Rabu & Ahad 9.30 am - 4.30 pm


Harga Bahan Kitar Semula

Antara bahan kitar semula yang diterima seperti surat khabar, kotak, majalah, tin, besi, tin aluminium, plastik, minyak masak terpakai, bateri dan beberapa lagi. Untuk harga bagi setiap jenis bahan rujuk dibawah

Senarai Tempat Jual Bahan Kitar Semula Di Sekitar Putrajaya & Cyberjaya Beserta Harga

Untuk maklumat lanjut dan terperinci, anda boleh klik pautan ini dhes buy back centre

sumber : twt_cyberjaya

Post a Comment

Previous Post Next Post