So Comel! Haiwan Kesayangan Anda Pun Boleh Dapatkan Passport Malaysia Tau

Haiwan Kesayangan Anda Pun Boleh Dapatkan Passport Malaysia Tau

Tahukah anda, sebenarnya haiwan kesayangan anda pun boleh dapatkan passport warganegara Malaysia atau dipanggil Kad Pengenalan Haiwan Malaysia.

Comel gila!

Bukan sahaja rakyat Malaysia mempunyai identiti sebagai rakyat Malaysia, tetapi haiwan peliharaan kita pun boleh dapat identiti sebagai haiwan Malaysia. Selain daripada itu, siap boleh dapatkan kad pengenalan tau.

Jika kita ada kad pengenalan dan juga passport berwarna merah tetapi bagi kad pengenalan bagi haiwan kesayangan kita adalah berwarna biru. Ianya comel tau. Boleh la buat untuk haiwan comel anda di rumah tu.

Kad Pengenalan Haiwan Malaysia Bagi Haiwan Kesayangan Anda

Kad pengenalan Haiwan Malaysia ini memang dikeluarkan rasmi tau. Baru-baru ini ada penggunakan twitter @ShazGhaf ada kongsikan gambar passport comel biru milik haiwan kesayanganya kucing oren yang kini sudah sah menjadi warganegara Malaysia.



Melalui perkongsian di twitter miliknya, kucingnya menerima kad pengenalan haiwan tersebut setelah diberi cip mikro kepada kucingnya.

Tambahan lagi, beliau juga memberitahu kepada pengguna twitter lain, proses untuk dapatkan passport haiwan ini mudah sahaja dan pastikan datang awal pagi untuk elakkan beratur panjang.

Haiwan Kesayangan Anda Pun Boleh Dapatkan Passport Malaysia Tau

Menurut sea.mashable, passport haiwan ini sudah diperkenalkan sejak 2010 lagi iaitu dibawah projek Malaysian Animal Traceability System (MATs). Projek dibawah Jabatan Perkhidmatan Haiwan Malaysia (DVS) ini bertujuan bagi membina sebuah sistem pengkalan data haiwan untuk membantu kawalan penyakit haiwan disamping mempromosikan tanggungjawab pemilikan haiwan kesayangan dikalangan rakyat Malaysia.

Setakat ini terdapat 4 jenis haiwan yang boleh di daftarkan untuk dapatkan Kad Pengenalan Haiwan Malaysia

Haiwan Kesayangan Anda Pun Boleh Dapatkan Passport Malaysia Tau

Menerusi perkongsian @ShazGhaf, beliau membayar RM85 untuk dapatkan cip mikro, passport dan vaksin. Beliau dapatkan perkhidmatan tersebut di Hospital Veterinar Kuala Lumpur di Cheras.

Menurut Portal Rasmi Animal Passport, anda boleh dapatkan Kad Pengenalan Haiwan Malaysia di 
  • Semua pejabat Jabatan Perkhidmatan Haiwan (di semua DVS di seluruh negeri) dan juga
  • Klinik Veterinar yang diakreditasi sebagai Pendaftar Haiwan Malaysia

Jadi lepas ni, kalau dah ada Kad Pengenalan Haiwan Malaysia ni sekali dengan cip mikro, mudahlah untuk anda kesan haiwan anda jika hilang dan boleh buktikan itu haiwan anda.

So comel la passport haiwan ni!


sumber : twitter @shazGhaf

Post a Comment

Previous Post Next Post