Kuantan Beri Parking Percuma Kepada Mereka Yang Kibarkan Bendera Malaysia Di Kereta

Kuantan Beri Parking Percuma Kepada Mereka Yang Kibarkan Bendera Malaysia Di Kereta

Demi menggalakkan orang ramai kibarkan bendera Malaysia, pihak berkuasa Kuantan akan berikan parking percuma kepada mereka yang letakkan bendera di kereta mereka.

Bulan Ogos merupakan bulan Kebangsaan atau bulan Kemerdekaan yang disambut setiap tahun sehinggalah tarikh yang bermakna iaitu 31 Ogos. Jadi sepanjang bulan Ogos, inilah masanya kita tunjukkan semangat patriotisme dan semangat kenegaraan yang lebih kepada negara kita, negara Malaysia.

Banyak perkara yang boleh dibuat pada bulan ini dari sekecil-kecil hinggalah sebesar-besar. Perkara paling mudah untuk menunjukkan rasa cinta kepada negara, hanya kibarkan Jalur Gemilang sahaja. Anda boleh letak di premis perniagaan, kibarkan bendera di rumah, kibarkan di kereta atau motor hatta perkongsian bendera di media sosial sekali pun.

Jadi demi menggalakkan lebih ramai rakyat Malaysia menunjukkan rasa semangat cinta akan negara, Majlis Perbandaran Kuantan (MPK) mengambil inisiatif sendiri bagi tujukan perkara ini.

Kibar Bendera Di Kereta, Dapat Parking Percuma

Seperti pengumuman yang dibuat di facebook rasmi Majlis Perbandaran Kuantan (MPK), mereka akan tawarkan parking percuma sempena Merdeka di seluruh Kuantan.

MPK bagi parking percuma dari 24 hingga 31 Ogos 2020 sempena Minggu Kemerdekaan Malaysia yang ke-63. Syaratnya sangat mudah. Anda hanya perlu letak bendera pada kereta seperti dalam gambar-gambar dibawah. Secara automatik penguatkuasa MPK tidak akan kompaun atau denda anda walaupun anda tidak meletakkan kupon atau tidak beli caj parking melalui aplikasi Pahang GO.

Kuantan Beri Parking Percuma Kepada Mereka Yang Kibarkan Bendera Malaysia Di Kereta

Kuantan Beri Parking Percuma Kepada Mereka Yang Kibarkan Bendera Malaysia Di Kereta

Tapi pastikan bendera diletakkan mestilah dalam keadaan cantik. Bukanlah bendera yang koyak seperti sekadar meletakkan sahaja. MPK juga memberi tahu, pastikan anda parking di tempat yang disediakan iaitu di dalam kotak parking dan kalau parking mereta, tetap akan dikompaun dan mungkin kena clamp tayar sekali.

Sepertinya, ianya usaha yang sangat baik ditunjukkan oleh pihak berkuatan tempatan melalui MPK bagi menggalakkan orang ramai menunjukkan semangat patriotisme dengan kibarkan jalur gemilang. Jadi orang Kuantan khususnya dan rakyat Malaysia kesemua amnya, jom kibarkan Jalur Gemilang!

Post a Comment

Previous Post Next Post