IKEA Mengorak Langkah Lagi, Kali Ini Mereka Memperkenalkan Fesyen Pakaian Mereka Sendiri

IKEA Mengorak Langkah Lagi, Kali Ini Mereka Memperkenalkan Produk Pakaian Mereka Sendiri

Selepas berjaya menjual barangan perabot kediaman, kali ini IKEA tampil dengn sedikit berbeza apabila memperkenalkan sebuah koleksi baru iaitu fesyen pakaian.

Kita biasa kenal syarikat Sweden, IKEA ini menjual barangan yang berkait rapat dengan peroduk kediaman dan gaya hidup. Mereka jual meja, kerusi, sofa, almari, katil, barangan aksesori rumah sehinggalah makanan iaitu meatball IKEA.

Tetapi kali ini, mereka tampil sedikit berbeza, ini kerana mereka memperkenalkan lagi sebuah kategori baru iaitu fasyen. Ini bermakna, mereka menjual pakaian seperti t-shirt dan hoodies. Selain itu juga, ada totebag, payung, tuala, botol air dan banyak lagi.

Kesemua produk ini dipanggil sebagai 'EFTERTRÄDA'

IKEA Mengorak Langkah Lagi, Kali Ini Mereka Memperkenalkan Fesyen Pakaian Mereka Sendiri


IKEA Memperkenalkan Fesyen Pakaian Jenama Sendiri

Kalau IKEA kita biasa kenal produk mereka adalah melalui logo kuning mereka yang bertulis IKEA dan juga bar-kod yang pastinya ada pada setiap produk mereka.

IKEA Mengorak Langkah Lagi, Kali Ini Mereka Memperkenalkan Fesyen Pakaian Mereka Sendiri

Oleh demikian, bagi design baju yang dikeluarkan ini, IKEA sekali lagi menggunakan trademark yang sama iaitu meletakkan grafik bar-kod pada t-shirt dan hoodies beserta logo IKEA pada barangan lain.

IKEA Mengorak Langkah Lagi, Kali Ini Mereka Memperkenalkan Fesyen Pakaian Mereka Sendiri

IKEA Mengorak Langkah Lagi, Kali Ini Mereka Memperkenalkan Fesyen Pakaian Mereka Sendiri

Barangan IKEA sangat popular di Malaysia sehinggakan ramai yang gemarkan untuk dijadikan barangan di dalam rumah sendiri. Tetapi sayang sekali untuk produk pakaian mereka kali ini. Ini kerana setakat ini, IKEA hanya memperkenalkan koleksi EFTERTRÄDA ini di store Harajuku, Tokyo sahaja dan masih tiada berita bila ianya akan masuk ke dalam Malaysia secara rasmi.

Tapi jika anda berminat juga, mungkin boleh tolong rakan yang ada di Jepun, untuk belikan untuk anda melalui laman web IKEA Jepun yang telah mula dijual pada 31 Julai 2020 yang lepas.

Post a Comment

Previous Post Next Post