Kemaskini Terbaru Telegram : Kini Anda Boleh Kongsikan File, Video Sehingga Saiz 2GB

Kemaskini Terbaru Telegram : Kini Anda Boleh Kongsikan File, Video Sehingga Saiz 2GB

Dalam kemaskini terbaru aplikasi Telegram, kini anda boleh kongsikan file, video sehingga saiz 2GB. Anda boleh dapatkan ciri terbaru ini dalam versi 6.3.0.

Telegram kini menjadi antara 10 aplikasi terbaik yang menerima muat turun terbanyak dan juga aplikasi yang paling banyak digunakan di seluruh dunia. Sedikit demi sedikit sudah ramai orang yang menggunakan Telegram sebagai salah satu aplikasi komunikasi media sosial seperti aplikasi-aplikasi lain juga.

BACASenarai Channel Dan Group Telegram Yang Anda Perlu Sertai

Kita sedia maklum, Telegram menyediakan channel dan group yang membolehkan anda kongsikan file atau video dengan saiz yang lebih besar. Tetapi jika penggunaan individu, sebelum ini masih terdapat limit saiz perkongsian iaitu kurang daripada 2GB.

Kemaskini Terbaru Telegram Dengan Perkongsian File Lebih 2GB

Dalam Telegram versi 6.3.0 terbaru ini, kini anda boleh kongsikan dan simpan file lebih daripada 2GB. Ianya telah dinaikkan daripada had sebelum ini. Jadi selepas ini, anda bolehlah kongsi dengan rakan-rakan atau penggunaan sendiri apa-apa file dengan saiz yang lebih besar.

Kemaskini Terbaru Telegram : Kini Anda Boleh Kongsikan File, Video Sehingga Saiz 2GB

Selain daripada kemaskini tersebut, terdapat lagi update terbaru antaranya adalah profile videos. Jika sebelum ini, anda hanya boleh gunakan gambar pada profile, kini anda mempunyai sebuah lagi pilihan iaitu mengenakan video sebagai profile. Selain itu, boleh juga berikan effect mengikut kegemaran anda.

Kemaskini Terbaru Telegram : Kini Anda Boleh Kongsikan File, Video Sehingga Saiz 2GB

Tidak cukup dengan itu, Telegram juga memberitahu mereka telah menambah baik fungsi People Nearby, mini-thumbnails, group stats dan pelbagai lagi kemaskini yang memudahkan dan menjadikan fungsi Telegram lebih menarik. Untuk tahu lebih lanjut, boleh rujuk pautan Telegram terus.

Kemaskini Terbaru Telegram : Kini Anda Boleh Kongsikan File, Video Sehingga Saiz 2GB

Bagi pengguna Android, sebelum ini anda ingin hantar atau kongsikan video kepada rakan anda, anda kini boleh crop dan rotate terlebih dahulu supaya menjadikan video lebih cantik dan menarik sebelum dikongsikan. Jadi lepas ni, nak kongsikan video, pastinya lebih mudah kan.

Jika anda masih lagi belum menggunakan aplikasi Telegram ini, jangan lupa download melalui Play Store atau Apps Store.


Sumber : Telegram

Post a Comment

Previous Post Next Post