Apakah Maksud Di Sebalik Tugu Negera? Ikuti Jawapannya Disini

Apakah Maksud Di Sebalik Tugu Negera? Ikuti Jawapannya Disini

Anda mungkin pernah sampai dan melihat Tugu Negara di Kuala Lumpur. Tapi anda tahu tak maksud disebalik Tugu Negara tersebut? Apakah fakta disebalik monumen bersejarah itu.

Anda boleh lihat Tugu Peringatan Negara ini atau dikenali sebagai Tugu Negara di Taman Tasik Perdana, Kuala Lumpur. Ianya dibina disana dan orang ramai boleh datang dan lihat sendiri bagaimana bentuk monumen ini dengan lebih dekat. Jangan risau, ianya adalah percuma, tak perlu bayar tiket masuk pun.

Jika dilihat daripada monumen ini, seperti terdapat sekumpulan tentera yang masih utuh berdiri dan ada yang terkorban disamping dengan tertegaknya serta mengibar bendera negara, Jalur Gemilang. Apa agaknya maksud disebaliknya.

Jadi sempena Bulan Kebangsaan dan Hari Kemerdekaan pada 31 Ogos ini, pihak Kementerian Pertahanan Malaysia (MINDEF) telah kongsikan beberapa fakta ringkas menarik berkaitan Tugu Negara yang dibina ini. Jom kita tengok

Fakta Tugu Negara

Tugu Peringatan atau Tugu Negara ini telah dibina pada tahun 1963 dan siap sepenuhnya pada 8 Februari 1966 iaitu selama 3 tahun.

Ianya dibina sebagai satu penghormatan kepada lebih 11 ribu parajurit yang gugur dalam Perang Dunia Pertama (1914), Perang Dunia Kedua (1935-1942) dan semasa Darurat (19488-1960)

Monumen bersejarah ini mempunyai ketinggian 15 meter diperbuat daripada gangsa dan direka oleh Felix de Weldon, seorang pengukir daripada Austria. Tugu Negara juga adalah arca berkumpulan yang tertinggi di dunia.

Tujuh patung gangsa melambangkan pimpinan, getir, persatuan, siap sedia, kekuatan, keberanian, dan pengorbanan dalam menghadapi musuh.

Tugu Negara ini pernah rosak. Ianya rosak sebahagiannya apabila diletupkan oleh pengganas Komunis pada 6 Ogos 1975.

Apakah Maksud Di Sebalik Tugu Negera? Ikuti Jawapannya Disini


sumber : MINDEF
Baca Juga

0/Post a Comment/Comments

Recommended