Muar, Gua Musang Dan Seremban Antara Daerah Yang Terjejas Disebabkan Banjit Kilat Pada Hari Ini

Muar, Gua Musang Dan Seremban Antara Daerah Yang Terjejas Disebabkan Banjit Kilat

Disebabkan hujang lebat dan air sungai melimpah beberapa buat daerah di beberapa negeri di kawasan tersebut kini dilanda banjir kilat pada hari ini.

Dengan kejadian bencana banjit kilat ini, ianya telah menjejaskan beberapa kawasan dan memberi kesan kepada orang ramai. Antaranya, bencana tersebut telah menjejaskan sebuah hospital, menyebabkan orang ramai terkandas, penduduk kampung terpaksa dipindahkan dan telah menenggelamkan beberapa biji kereta. Namu, alhamdulillah tiada yang cedera dalam banjir kilat itu.

Banjit kilat ini telah melanda di 7 daerah di 4 buah negeri seperti yang dilaporkan oleh astroawani. Antara daerah yang terjejas adalah Muar, Tangkak di Johor, Gua Musang di Kelantan, Seremban, Rembau, Port Dickson di Negeri Sembilan dan kejadian di Taman Negera, Jerantut Pahang.

1.  Muar Dan Tangkak, Johor

banjir kilat Muar Dan Tangkak, Johor

Jika di Muar, antara yang terjejas adalah Hospital Pakar Sultana Fatimah. Namun menurut pengarah hospital tersebut, banjit itu tidak menjejaskan operasi hospital sepenuhnya apabila banjir mulai surut kira-kira 10.30 pagi. Banjir kilat juga berlaku di 22 kawasan rendah di Muar dan Tangkak sehingga seramai 227 penduduk terpaksa dipindahkan ke pusat pemindahan sementara (PPS).

Antara kawasan terjejas termasuk pusat bandar Muar, Kampung Sabak Awor, Kampung Seri Menanti, Kampung Parit Tengah, Jalan Bentayan, Parit Perupok dan Kampung Dato' Seri Amar Diraja.

2.  Gua Musang, Kelantan

banjir kilat Gua Musang, Kelantan

Manakala kejadian banjir kilat di Kelantan melibatkan lebih 300 penduduk daripada 75 keluarga Orang Asli di Kampung Aring 5, Gua Musang. Ini disebabkan air Sungai Aring melimpah. Disebabkan kejadian ini, jalan perhubungan utama penempatan itu ditenggelami air sedalam 3 meter berikutan hujan lebat sejak awal malam tadi.

3.  Seremban, Rembau Dan Port Dickson, Negeri Sembilan 

banjir kilat seremban

Jika di Negeri Sembilan, kejadian banjir kilat telah berlaku di 3 buah daerah iaitu di Seremban, Rembau dan Port Dickson. Daripada 3 daerah ini, seramai 308 orang daripada 2 keluarga terjejas. Kawasan yang terlibat iaitu Kampung Jimah Lama, Port Dickson, Kampung Bemban, Seremban, Kampung Sega Hilir dan Kampung Sega Hulu di Rembau dan Kampung Janging Di Chuah, Port Dickson.

4.  Taman Negeri, Jerantut, Pahang

Taman Negeri, Jerantut, Pahang

Di Pahang ianya hanya melibatkan kawasan Taman Negara apabila fenomena 'kepala air' berlaku dan menyebabkan banjir kilat. Disebabkan itu lah, kereta yang terdapat di kawasan tersebut ditenggelami dalam banjir berikutan hujan lebat. Pemilik kereta tersebut merupakan ekspatriat yang berusia antara 33 dan 52 tahun adalah dari Australia, Britain, China, Perancis dan Belanda, semuanya beralamat di Kuala Lumpur.


sumber : astroawani

Post a Comment

Previous Post Next Post