Cara Claim Insurance Bila Kereta Kita Dilanggar Belakang Oleh Orang Lain

Cara Claim Insurance Bila Kereta Kita Dilanggar Belakang Oleh Orang Lain

Anda mungkin pernah mengalami pengalaman kereta dilanggar atau pernah melihat kejadian tersebut. Sebenarnya anda boleh baiki kereta anda yang dilanggar itu dengan claim insurance kereta yang langgar anda tersebut. Boleh tengok caranya disini.

Kita memang berdoa supaya segala perkara buruk seperti pelanggaran atau kemalangan tidak berlaku terhadap kita ataupun kereta kita. Jadi untuk itu, kita akan sentiasa memandu dengan penuh hemat dan berjaga-jaga seperti mengikut segala undang-undang yang telah ditetapkan.

Tetapi perlu tahu, walaupun pemanduan kita sudah baik, kita kena tahu, kita berkongsi jalan raya dengan berjuta pengguna lain menggunakan kereta mereka juga. Walaupun kita memandu dengan sangat baik, tetapi macam mana pula pemanduan daripada kereta lain.

Tiba-tiba tengah memandu dengan kelajuan yang ditetapkan oleh JPJ, ada kereta yang tidak semena-mena melanggar kereta kita daripada belakang akibat kecuaian pemandu itu sendiri. Jadi habislah rosak kereta atau kemik sana-sana sini disebabkan hentaman.

Tidak boleh tidak, kena sediakan kos bagi membetulkan semula kereta yang sudah rosak atau kemik tersebut. Tapi sebenarnya, anda boleh elakkan menggunakan duit sendiri sebaliknya boleh claim insurance daripada pengguna kereta tersebut, jika ianya betul-betul salah pemandu tersebut.

Jadi kepada semua pengguna kereta, anda boleh tengok sini cara claim insurance bila kereta anda dilanggar oleh orang lain.

Cara Claim Insurance Bila Kereta Dilanggar

Perkongsian ni dibuat oleh Nur Syahira bagaimana dia claim insurance bagi kereta produa selepas dilanggar oleh kereta orang lain. Jadi perkongsian ini lebih kepada kereta Produa. Katanya langkah untuk claim daripada kereta lain (Honda, Toyota, Nissan dan yang lain) juga sama tetapi bawa kepada service centre mengikut jenama kereta.

Cara Claim Insurance Bila Kereta Kita Dilanggar Belakang Oleh Orang Lain

Apabila kereta kita dilanggar dari belakang, benda pertama yang kita kena buat adalah buat report polis. Tangkap gambar IC depan belakang kedua-dua pemandu dan keadaan kereta. Kedua-dua pemandu kena buat report. Yang melanggar dan dilanggar wajib buat report polis.

Lepas buat report polis, bawa kereta terus ke Produa Body & Paint (B&P) yang terdekat dan sila bawah juga dokumen-dokumen berikut:
  • Kad pengenalan empunya kereta (depan, belakang)
  • Kad pengenalan pemandu (jika bukan empunya yang memandu)
  • Laporan polis yang dibuat
  • Geran
  • Policy Insurance

Di Produa B&P, beritahu pada Service Advisor yang melayan anda untuk claim insurance Knock For Knock. Anda sebut sahaja KFK, pasti mereka tahu.

Disebabkan anda ingin gunakan insurance orang yang melanggar anda tersebut, anda perlu beri lagi satu dokumen pada Produa iaitu keputusan kes. Keputusan kes ini anda kena dapatkan daripada pihak polis. Polis akan tentukan siapa salah.

Kebiasaannya keputusan kes ini polis akan bagi dua minggu selepas buat laporan polis. Jadi takkan nak tunggu 2 minggu baru repair kereta kita kan?

Jadi, Produa B&P akan guna dulu insurance anda sendiri untuk produa proceed repair kerete anda tersebut. Selepas 2 minggu dan dapat keputusan kes daripada polis, anda datang ke Produa semula untuk bagi keputusan kes tersebut. Masa itulah, produa akan tukar claim insurance orang yang langgar kereta tersebut.

Kalau anda tidak sempat nak uruskan kesemunya, anda boleh minta call men yang settlekan semuanya iaitu orang yang towing kereta anda tersebut pada mulanya.

Jadi harap kepada mereka yang mengalami keadaan ini, jangan takut, jangan panik. Hadapi dengan tenang dan ikut arahan yang diajar seperti di atas.

Post a Comment

Previous Post Next Post