Cara Lihat Dan Akses Maklumat Isytihar Harta Menteri Dan Timbalan Menteri

Cara Lihat Dan Akses Maklumat Isytihar Harta Menteri Dan Timbalan Menteri

Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) hari ini memaklumkan dimana, rakyat kini boleh lihat dan akses maklumat isytihar harta bagi anggota pentadbiran awam baik Menteri dan Timbalan Menteri.

Pada bulan Mac yang lepas, selepas Kerajaan Perikatan Nasional (PN) mengambil alih Kerajaan daripada Pakatan Harapan (PH), Perdana Menteri baharu, YAB Tan Sri Muhyiddin Yassin telah mengarahkan semua anggota Kabinetnya mengisytiharkan harta yang dimiliki kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM). Perkara ini adalah bertujuan bagi memerangi rasuah.

Perkara ini telah dilakukan oleh Kerajaan sebelum ini dibawah kepimpinan Perdana Menteri Ke-7 ketika itu, Tun Mahathir dengan mengarahkan semua Ahli Parlimen supaya mengisytiharkan harta kepada SPRM.

Orang Awam Boleh Akses Maklumat Isytihar Harta Anggota pentadbiran Awam

Menurut Bernama, kini orang awam boleh lihat sendiri serta akses untuk ketahui maklumat isytihar harta melalui portal mydeclaration.sprm.gov.my bermula 22 Julai 2020. Disana anda boleh lihat pendapatan serta aset yang dimiliki oleh Perdana Menteri, Menteri Kanan, Menteri dan Timbalan Menteri.

Seperti yang dipaparkan melalui portal tersebut, Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin mempunyai pendapatan tertinggi antara yang lain iaitu sebanyak RM93,841.65 dengan jumlah ases melebihi RM10 juta.

Tidak jauh daripada itu, Menteri Wilayah Persekutuan, Tan Sri Annuar Musa berada di tempat ke-2 dengan pendapatan bulanan sebanyak RM8,877.20 diikuti dengan Timbalan Menteri Pelancongan, Kesenian dan Kebudayaan, Datuk Dr. Jeffrey G. Kikitangan iaitu sebanyak RM85,450. Selain itu, mereka juga mempunyai aset melebihi daripada RM10 juta.

Melalui portal itu juga, pendapatan yang terendah diperoleh sebanyak RM24,687.00 iaitu daripada Menteri Belia & Sukan Yb Dato' Sri Reezal Merican Bin Naina Merican dengan jumlah aset lebih RM2.5 juta.

Setakat yang dilaporkan oleh SPRM, sehingga kini, mereka hanya telah menerima 57 daripada 70 anggota pentabiran kerajaan terkini. 


sumber : Bernama dan gambar via Metro

Post a Comment

Previous Post Next Post