Resepi Ayam Goreng Spicy Ala McD Menggunakan 6 Bahan Sahaja

Resepi Ayam Goreng Ala McD Menggunakan 6 Bahan Sahaja

Anda craving nak makan ayam goreng mcdonalds? Apa kata anda masak dan goreng je sendiri. Ikuti resepi ayam goreng ala mcd dengan hanya menggunakan 6 bahan ini sahaja.

Sekarang kalau terasa nak makan ayam goreng, mesti teringat ayam goreng mcd. Walaupun rasanya pedas-pedas tetapi tetapi juga nak makan. Kalau anda berpeluang, makan ayam mcd masa panas-panas, memang berpeluh dan sedap la katanya.

Tapi takkan setiap kali nak makan kena beli kan. Botak la kepala. Apa kata anda masak dan goreng je sendiri. Ini kerana ada individu yang telah kongsikan resepi ayam goren ala mcd ini. Noraslina Harun kongsikan cara memasak ayam goreng ala mcd dengan hanya menggunakan 6 bahan sahaja termasuk ayam.

Cara Masak Ayam Goreng Ala McD

Jadi jika anda rasa sudah terliur, jom kita tengok resepi, bahan yang diguanakan dan cara masaknya. Boleh lakukan dirumah sahaja

Bahan-Bahan 

  • Ayam
  • Tepung jenama BESTARI
  • Tepung Gandum
  • Tepung Beras
  • Serbuk Cili (jika perlu)
  • Minyak Masak

*Resepi ini tidakk memerlukan garam sebab tepung bestari tu dah masin
*Tepung bestari ni pedas tau. Makan dengan risiko sendiri. Tapi sedap!

Resepi Ayam Goreng Ala McD Menggunakan 6 Bahan Sahaja

Cara Memasak

1.  Bancuh tepung bestari bersama air sahaja. Bancuh sehingga menjadi sederhana pekat (ikut pada kuantiti ayam yang anda gunakan)

2.  Masukan ayam dalam bancuhan tepung tadi dan perap. Semakin lama perap semakin lembut isi ayam dan rasa pedas akan serap ke dalam isi ayam. Lagi sedap la. (Beliau perap selama 5 jam)

Resepi Ayam Goreng Ala McD Menggunakan 6 Bahan Sahaja

3.  Sediakan tepung untuk salutan pula

4.  Campurkan tepung bestari yang belum di bancuh dengan air bersama tepung gandum dan tepung beras. (Anggaran 1 senduk tepung bestari, 1 senduk tepung gandum 1 1/2 senduk tepung beras) seperti dalam gambar. Kalau nak pedas lagi, campur serbuk cili seperti yang dipaparkan di dalam gambar.

Resepi Ayam Goreng Ala McD Menggunakan 6 Bahan Sahaja

5.  Kemudian ambil ayam yang sudah diperap tadi masuk ke dalam campuran tepung kering dan salutkan serata. Buat seketul-seketul, ini kerana kalau buat banyak-banyak dia jadi tidak cantik dan tidak bersalut. Jadi anda kene sabar semasa bedak kan ayam tersebut.

Resepi Ayam Goreng Ala McD Menggunakan 6 Bahan Sahaja

6.  Kemudian masukkan ayam yang sudah di salut tadi ke dalam minyak panas. Nak lagi bagus goreng dalam periuk sebab minyak sekata dan ayam terendam (tak perlu gaul-gaul banyak kali. Biakan dia masak dengan tenang)

Resepi Ayam Goreng Ala McD Menggunakan 6 Bahan Sahaja

*masa goreng dalam periuk atau kuali boleh la masukkan 3 higga 4 ketul iaitu mengikut saiz tempat masak anda. Jangan banyak-banyak.

7.  Lepas tu dah masak kan agak-agak kekuningan. Angkat dan boleh makan ayam goreng ala mcd!

Resepi Ayam Goreng Ala McD Menggunakan 6 Bahan Sahaja


 sumber : noraslina harun daripada group mahn

Post a Comment

Previous Post Next Post