Anda Telah Dikencing Oleh Syaitan Jika Sukar Bangun Untuk Solat Subuh. Ingat tu!

anda telah dikecing jika sukar untuk bangun solat subuh

Mungkin ada yang pernah dengar dimana orang yang sukar bangun solat subuh di waktu pagi adalah disebabkan dikecing oleh syaitan. Betul ke? Ada hadis ke berkaitan perkara ini?

Umat Islam telah difardukan untuk melakukan solat 5 waktu sehari semalam iaitu bermula Subuh, Zohor, Asar, Maghrib dan Isyak. Ianya diwajibkan kepada semua orang Islam yang sudah baligh, berakal dan suci daripada haid dan nifas khusus bagi perempuan.

Jadi jika anda tergolong dalam syarat sah solat ini, tidak boleh tidak anda kena lakukan solat wajib yang dituntut ini.

Antara solat 5 waktu ini, mungkin solat subuh antara solat yang agak berat dilakukan. Ini kerana waktu subuh adalah berada di awal waktu yang mana orang ramai biasanya masih tidur.

Jika anda berasa susah untuk bangun solat subuh, ada hadis yang memberitahu sebenarnya anda telah dikecing oleh syaitan. Jadi betul ke hadis ini? Oleh itu, jom kita ikuti keterangan daripada Mufti Wilayah berkaitan hadis ini menerusi Irsyad Al-Hadith Siri ke-395 : Dikecing Oleh Syaitan.

Sukar Bangun Untuk Solat Subuh Disebabkan Sudah Dikecing Oleh Syaitan 

anda telah dikecing jika sukar untuk bangun solat subuh

Menunaikan solat termasuk di dalam salah satu daripada rukun Islam. Selain itu, solat merupakan perkara yang pertama akan dihisab di akhirat kelak sebagaimana yang dikhabarkan oleh Rasulullah SAW. Di samping itu, solat diibaratkan seperti tiang bagi agama sepertimana yang diriwayatkan oleh Mu’az bin Jabal RA, bahawa Nabi SAW bersabda:


رَأْسُ الأَمْرِ الإِسْلَامُ، وَعَمُودُهُ الصَّلَاةُ، وَذِرْوَةُ سَنَامِهِ الجِهَا

Maksudnya: “Pokok segala urusan adalah Islam, tiangnya adalah solat dan ke muncaknya adalah berjihad.” [Riwayat al-Tirmizi (2616)][Imam al-Tirmizi menilai hadith ini sebagai hasan sahih]

Berdasarkan kepada soalan di atas, sememangnya terdapat di dalam hadith yang sahih bahawa orang yang tidur dan tidak bangun untuk menunaikan solat Subuh adalah disebabkan telah dikencing oleh syaitan. Hadith tersebut diriwayatkan oleh Abdullah bin Mas’ud RA berkata:

Diceritakan kepada Rasulullah SAW terdapat seorang lelaki yang telah tidur sehingga berlalu waktu Subuh, lalu Rasulullah SAW bersabda:

ذَاكَ رَجُلٌ بَالَ الشَّيْطَانُ فِي أُذُنَيْهِ، أَوْ قَالَ: فِي أُذُنِهِ


Maksudnya: “Lelaki itu telah dikencing oleh syaitan di kedua telinganya.” Atau Baginda SAW bersabda: “Di telinganya.” [Riwayat al-Bukhari (3270) dan Muslim (774)]

Imam al-Bukhari meletakkan hadith ini di dalam bab orang yang tidur dan tidak mengerjakan solat disebabkan telah kencing oleh syaitan di telinganya. Hadith ini menunjukkan kinayah bahawa syaitan telah menutup telinga orang yang tidur daripada solat (tidak mengerjakannya) sehingga dia tidak mendengar seruan azan dan dikatakan juga bahawa maknanya adalah syaitan telah memenuhkan telinganya dengan perkara-perkara batil maka terhijab telinganya daripada mendengar seruan azan. [Lihat: Fath al-Bari, 3/28]

Tambahan pula, hadith ini mengisyaratkan bahawa dirinya telah dikuasai oleh syaitan dan syaitan juga telah berpaut pada saraf otaknya sepanjang malam serta diperkecilkan oleh syaitan. [Lihat: al-Minhaj, 6/64]


Penutup

Kesimpulannya, memang terdapat hadith yang sahih menceritakan bahawa orang yang tidur pada waktu malam dengan tidak bangun untuk menunaikan solat Subuh, maka dia telah dikuasai atau dikencing oleh syaitan. Akhirnya, semoga Allah SWT menjadikan kita dalam kalangan hamba-hamba-Nya yang sentiasa menunaikan solat di awal waktu serta berjaya di dunia dan akhirat. Amin.


sumber : pejabat mufti wilayah
Baca Juga

0/Post a Comment/Comments

Recommended