Jom Singgah Makan Di Kedai Ala Hipstur Yang Terkenal Di Kuantan

Singgah Makan Di Kedai Ala Hipstur Yang Terkenal Di Kuantan

Datang Kuantan dah nak cari kedai ala hipstur untuk lepak dan makan tapi tak tahu kat mana. Jangan risau, anda boleh tengok sini senarai 10 kedai makan terkenal di sekitar Kuantan untuk anda datang makan disini.

Rasanya, budak-budak dan remaja sangat sukakan sebuah kedai makan dengan persekitaran ala hipstur. Barulah boleh makan sambil ber ootd dan juga update Instagram kan. Tetapi bukan sekadar hipstur tetapi makanan disediakan juga sedap.

Di Kuantan juga terdapat kedai-kedai yang menggunakan konsep hipsture ini. Ianya sudah banyak untuk tahun 2020 ni. Jadi kalau anda bercadang untuk datang Kuantan, anda boleh tengok perkongsian daripada pengguna Twitter AidilIman15 dengan senarai 10 kedai makan hipstur yang sesuai untuk lepak dengan kawan-kawan sambil makan.

10 Kedai Makan Ala Hipstur Yang Terkenal Di Kuantan

Selain makanan yang disediakan, pasti ianya instaworthy untuk kaki instagram kan. Boleh la update feed dengan pemandangan dan kedai yang cantik di sini nanti.

1.   Jamantory, Indera Mahkota

Jamantory, Indera Mahkota

Ini antara port menarik untuk makan dan lepak kerana juadah dan menu makanan yang disediakan sangat menarik dan sedap. Disinilah biasanya orang ramai datang untuk cuba ikan patin masak tempoyak atau pais ikan patin. Selain itu ada manu hispter juga seperti nasi goreng berapi. Nak cuba, mari datang ke Jamantory, Indera Mahkota.

Alamat : Bandar Indera Mahkota, 25200 Kuantan Pahang

2.   Planet & Co. Kuantan, Taman Esplanade

Planet & Co. Kuantan

Di sini juga antara tempat yang menarik untuk makan sambil disajikan dengan pemandangan menarik. Ini kerana ianya terletak di tepi Sungai Kuantan. Selain itu, ramai datang sini sebab hidangan yang disediakan dengan harga murah. Planet & Co. Bistro menyediakan hampir 15 pilihan Chicken Chop yang bermula dengan harga RM7 sahaja. 

Alamat : Jalan Besar, 25000 Kuantan Pahang

3.   Lepak Luu Cafe

Lepak Luu Cafe

Antara tempat yang baru dibuka di Kuantan adalah Lepak Luu Cafe. Ianya merupakan sebuah food court dengan penyediaan stall yang banyak. Memang macam-macam la ada kat sini. Masakan panas, western, sate, corn dog, dan macam lagi. Suasana pun cantik dan tempat makan pun banyak. Jangan risau kalau takda meja kosong. Tapi mungkin partking kurang.

Alamat : 2, 25300 Kuantan, Pahang

4.   Watak Kopi, Jalan Besar

Watak Kopi, Jalan Besar

Port lepak sambil hirup kopi, kemudian order pula roti john cheese tarik. Memang sesuai la kalau nak lepak dengan kawan-kawan ke atau dating dengan yang tersayang. Selain itu, deco pun ala hipstur, memang sempoi dan cantik lah. Jadi jom singgah makan di kedai Watak Kopi, Jalan Besar Kuantan.

Alamat : Jalan Besar, 25000 Kuantan Pahang

5.   Noha Kek, Jalan Teluk Sisek

Noha Kek, Jalan Teluk Sisek

Satu lagi port hipstur dan sesuai kalau datang nak food hunter sambil food photographi. Di sini juga antara tempat terbaik untuk anda santai sambil makan kek atau nak adakan event celebration untuk kawan-kawan atau orang tersayang. Tempat menarik dengan deco hijau gitu.

Alamat : A1034, RRI, Jalan Teluk Sisek, 25000 Kuantan Pahang

6.   Kopi & Teh, Jalan Besar

Kopi & Teh kuantan
via : cariblogger.com

Punya hipstur kedai ni sampai ada sediakan menu Kopi Terbalik Aceh tau. Mereka sediakan kopi dalam keadaan terbalik. Kalau anda nak minum, anda kena minum daripada atas pinggan yang disediakan. Bapak hipstur. Selain itu, anda kena juga cuba nasi ayam penyet dan pelbagai lagi menu-menu lain. Tambahan lagi, tempat ini sangat instaworthy. Boleh la update feed instagram anda disini.

Alamat : 52, Jalan Besar, 25000 Kuantan Pahang

7.   Museo Cafe Kuantan, Jalan Masjid

Museocafe Kuantan

Port nak candle light dinner sini sangat sesuai. Di sini juga terkanal dengan menu western dan masakan panas dengan portion yang banyak tetapi harga berpatutan. Katanya, makanan siap boleh kongsi 2 orang kalau jenis tak kuat makan. Suasana santai di kedai ini terdapat 2 keadaan iaitu di kawasan berbumbung dan tempat terbuka.

Alamat : Muzium Seni, Jalan Masjid, 25000, Kuantan, Pahang

8.   Kula Cakes, Jalan Besar

Kula Cakes kuantan

Ini memang port wajib singgah la kalau datang daripada jauh. Daya tarikan yang disediakan adalah rasa keenakan kek dan deco kedai mereka. Memang sangat sesuai untuk kaki instagram. Nak lepak lama-lama, kesian untuk orang beratur pula. Memang ramai sokmo la orang cakap. Datang sini, sila rasa manggo cheese cake tau. Perghhhh!!

Alamat : 96, Jalan Besar, 25000 Kuantan Pahang

9.   Kuantan Pickers, Jalan Besar

Kuantan Pickers, Kuantan

Sebuah lagi port di Jalan Besar untuk anda lepak bersama kawan-kawan sambil santai-santai iaitu di Kuantan Pickers. Menu kena cuba datang sini, adalah roti kacang pool dan kopi vietnam. Selain itu, anda boleh cuci mata dengan deco dalaman yang menggunakan barangan klasik. Memang rare la barang yang disediakan di kedai ni. Memang sesuai untuk bergambar la.

Alamat : 22, Jalan Besar, 25000 Kuantan Pahang

10.   White & Black Cabin, Jalan Gambang

White & Black Cabin kuantan

Sebuah lagi tempat makan Kuantan yang terkenal dengan berkonsepkan food court. Jadi banyak pilihan makanan yang anda boleh datang dan cuba disini. Kawasan yang disediakan pun besar, ada dalam kedai dan ada juga open air. Kedai memang ala hipstur la. Macam biasa, sesuai untuk bergambar dan update feed instagram bila datang sini

Alamat : Jalan Teluk Mahang, 25150, Kuantan, Pahang


sumber : Twitter AidilIman15
Baca Juga

0/Post a Comment/Comments

Recommended