Lelaki Ini Ajar Cara Repair Kipas Bagi Laju Kembali Dengan Kos RM5 Sahaja

Cara Repair Kipas Bagi Laju Kembali

Peralatan rumah seperti kipas, lama kelamaan dia akan jadi slow kerana alatannya sudah lama. Tapi bagi mengelakkan anda perlu tukar kipas baru, sebenarnya ada cara repair kipas bagi laju kembali dengan kos yang sangat minima.

Kos kipas sekarang pun dekat RM200 ke RM300. Takkan guna kemudian slow dan kena tukar baru setiap tahun kan. Rugi lah. Mungkin ada cara lain yang boleh dibuat selain menukar keseluruhan set kipas tersebut.

Jadi persoalan ini dijawab dengan tindakan oleh pengguna twitter azfar ahmad dimana, beliau telah tunjuk ajar kepada orang ramai cara repair kipas bagi laju kembali dengan kos yang sangat murah. Tak perlu tukar baru pun kipas tersebut.

Cara Repair Kipas Bagi Laju

Sebenarnya kipas dinding atau kipas siling kita slow atau perlahan disebabkan capacitor dan bukanlah satu set kipas tersebut. Jadi kalau ada yang cadangkan tukar kipas baru, anda jangan dengar. Ini antara capacitor yang selalu digunakan.

Cara Repair Kipas Bagi Laju Kembali

Apakah perbezaannya?

Biasanya capacitor pada gambar kanan ini untuk kipas yang pakai remote control dan yang kiri pula jenis kipas lama yang suis kawalan kelajuan melekat pada dinding.

Capacitor ni senang je kalau anda nak beli dan kebiasannya sebijik tidak lebih RM5 pun. Lihat, kos yang sangat murah berbanding sebuah kipas tersebut.

Capacitor ini banyak jenis, anda nak senang beli terus di hardware dan bagitahu je model dan brand kipas anda. Lebih mudah, anda ambil gambar kipas dan tunjuk pada tokey kedai. Kalau nak cari di Shopee pun, tapi kena pandai cari lah.


Kenapa kena pandai cari?

Ini kerana capacitor ni banyak jenis, takut salah beli, tak jalan pula kipas tu nanti. Jika anda ingin beli capacitor, anda kena tahu 2 perkara iaitu uF (micro farad) dan v (voltage). Jadi anda kene tahu nilai uF dan v capacitor kipas anda dan cari value yang sama di kedai.

Cara Repair Kipas Bagi Laju Kembali

Cara buka kipas

Anda perlu pusing sahaja casing kipas tersebut arah lawan jam. Nanti dah terbuka casing tersebut, anda akan nampak 3 skru dan buka kesemuanya.

Cara Repair Kipas Bagi Laju Kembali

Bila sudah buka semua skru tersebut, barulah anda akan jumpa board tersebut. Sebelum anda buka board ini, pastikan cabut dahulu wire connector. Kemudian barulah anda tukar capacitor.

Cara tukar capacitor?

Cara Repair Kipas Bagi Laju Kembali

Jika capacitor kipas anda melekat pada board, anda hanya perlu sloder je part mana yang nak tukar. Sebagai contoh kalau guna capacitor seperti dalam gambar ini, anda hanya perlu beli siap connector wire seperti dalam gambar kanan. Potong wire capacitor lama tu dan sambung je guna connector ni.

Cara Repair Kipas Bagi Laju Kembali

Jika sudah selesai, anda boleh lekat balik board pada casing kipas dan pasang kembali di kipas. Anda boleh tengok, kipas anda kembali laju seperti biasa. Itulah cara repair kipas bagi laju kembali dengan kos yang sangat murah.


Post a Comment

Previous Post Next Post