Kes Sifar Jangkitan COVID-19 Buat Pertama Kali Bagi Penularan Tempatan

Kes Sifar Buat Pertama Kali Bagi Penularan Tempatan

Buat pertama kali sejak penularan COVID-19, Malaysia pada Februari yang lepas dimana telah mencatatkan kes sifar bagi penularan tempatan sama ada melibatkan warganegara mahupun bukan warganegara.

Berita ini dilaporkan oleh Ketua Pengarah Kesihatan, Dr. Noor Hisham di dalam sidang media laporan COVID-19 di Putrajaya sebentar tadi. Ini pastinya memberika sedikit kelegaan kepada semua rakyat Malaysia terutamanya bagi petugas barisan hadapan.

Kes Sifar Buat Pertama Kali Bagi Penularan Tempatan

Walaupun kes sifar penularan tempatan, tetapi terdapat 1 kes import dilaporkan pada hari ini. Ianya melibatkan rakyat Malaysia yang telah pulang daripada luar negara dan tidak mengalami gejala seperti yang diumumkan oleh DG di dalam sidang media tersebut.

Ini juga jumlah (1 kes) yang terendah sejak Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) diperkenalkan pada 18 Mac 2020 yang lepas.

Kes Sifar Pertama Kali Bagi Penularan Tempatan

Kes Sifar Buat Pertama Kali Bagi Penularan Tempatan

“Sehingga 1 Julai 2020 pukul 12 tengah hari, terdapat satu (1) kes baharu yang telah dilaporkan. Ini menjadikan jumlah kes positif COVID-19 di Malaysia adalah sebanyak 8,640 kes"

Jadi setakat ini, jumlah kumulatif kes COVID-19 di Malaysia adalah sebanyak 8640 kes, jumlah kes aktif dengan kebolehjangkitan COVID-19 adalah 144 kes dan tiada kes kematian yang dilaporkan dan kekal sebanyak 121 kes.

Pada akhir sidang media tersebut, Dr. Noor Hisham mengucapkan terima kasih kepada seluruh rakyat Malaysia yang memberikan kerjasama bagi mengikut segala arahan dan mengamalkan norma baharu seperti yang disarankan oleh pihak KKM.

Hadirin yang hadir daripada pihak wartawan juga memberika tepukan gemuruh kepada semua rakyat Malaysia, pihak Kerajaan, KKM dan pastinya petugas barisan hadapan yang bertungkus lumus bagi membendung penularan jangkitan pandemik COVID-19 ini.


Ok guys! sikit lagi. Bagi ianya betul-betul kes sifar bagi penularan tempatan atau kes import sekali. Jangan leka. Teruskan norma baharu serta penjarakan sosial. Kita mesti berjaya!

Baca Juga

0/Post a Comment/Comments

Recommended