"is the nation ready?" Nampaknya Kampung People Musim Kedua Akan Datang September Ini

kampung people musim kedua akan ditayangkan pada september 2020

Drama TV3, Kampung People sebelum ini telah mencetuskan fenomena untuk musim pertama apabila mendapat tontonan tinggi di Slot Lestari disamping trending di media sosial setiap kali tayangan.

Kampung People dibintangi oleh barisan pelakon popular seperti Rashid Ishak, Elly Mazlein, Riena Diana dan Kamarul Eqifshah. Drama ini diterima ramai kerana babak yang menghiburkan diselit daripada para pelakon sehingga mampu membawa kisah realiti dalam sebuah masyarakat melayu sehingga menjadi menarik.

Nampaknya atas permintaan ramai supaya Kampung People disambung akhirnya terjawab, apabila Adibah Noor telah kongsikan 'teaser' untuk Kampung People Musim Kedua bagi tahun 2020. Waa!! nampaknya kali ini ada seorang lagi pelakon handalan untuk menambah seri drama ini iaitu Kak Adibah Noor kita.

Kampung People Musim Kedua

Adibah Noor telah kongsikan gambar bersama pelakon asal dengan hashtag Kampung People Season 2 di twitter beliau. Ini meyakinkan Kampung People Musim Kedua akan ditayangkan kelak di TV3.

kampung people musim kedua akan ditayangkan pada september 2020

Tambahan lagi, Adibah Noor juga memberitahu drama ini masih lagi dalam pembikinan dan akan ditayangkan pada september ini. Tweet tersebut sehingga kini telah mencapai lebih 17k retweet dan 29k liked.

kampung people musim kedua akan ditayangkan pada september 2020

Dalam musim terbaru ini Adibah Noor akan memegang watak sebagai Dona iaitu ibu kepada Mona lakonan Elly Mazlein. Apa lah telatah yang akan ditonjolkan oleh Razif, Mona dan anak-anaknya Laila dan Imran apabila tambah lagi seorang ahli keluarga yang agak lucu juga. 

Jadi apa-apapun kita tunggu Kampung People Musim Kedua pada September ini dengan adegan dan telatah yang lebih lucu daripada sebelum ini. 

Pasti ramai dah tak sabar ni kan!!!

Post a Comment

Previous Post Next Post