Kini Anda Boleh Dapatkan Barangan Daiso Secara Online Melalui Shopee

Kini Anda Boleh Dapatkan Barangan Daiso Secara Online Melalui Shopee

Mesti sudah ramai tahu kedai serbaneka Daiso dari Jepun itu. Selain daripada kedai fizikal di pusat beli belah, kini anda boleh shopping secara online melalui laman Shopee tau.

Kedai serbaneka Daiso ini juga antara kedai berhantu iaitu kalau anda bercadang nak beli 1, tapi akhirnya keluar dengan pelbagai barang yang anda beli. Ini kerana barangan tersebut dijual dengan harga RM5.90 sahaja.

Selain daripada harga, Daiso Jepun menawarkan pelbagai barangan rare dan berguna kepada pengguna untuk kegunaan harian yang pastinya produk daripada Jepun sendiri. Oleh itu, di kedai serbaneka lain memang tak jumpalah barang-barang yang dijual disini.

Jika kebiasaanya, Daiso ini dibuka kedainya di dalam shopping mall. Jadi untuk anda membeli, anda perlu keluar rumah, driving dan pergi ke shopping mall. Kemudian barulah boleh pergi Daiso. Jadi banyaklah kos pengangkutan dan masa dibuang untuk sampai ke sana.

Kedai Serbaneka Daiso Kini Di Shopee

Kini Anda Boleh Dapatkan Barangan Daiso Secara Online Melalui Shopee

Tetapi kini anda tidak lagi perlu bersusah untuk pergi ke kedai Daiso, ini kerana Daiso Japan telah mengorak langkah dengan menyediakan pembelian secara online pula. Lebih menarik, ianya boleh dapatkan di Shopee di Daiso Japan.

Jadi selepas ini, boleh lah anda shopping barangan Daiso menggunakan Shopee sahaja. Boleh dapat coins, boleh dapat shocking sale, ada diskaun dan banyak lagi. Harga pun masih sama iaitu RM5.90 tetapi ada caj penghantaran sahaja. Ok la kan. Tak perlu penat-penat dah untuk datang ke Daiso selepas ini.

Kalau yang masih baru dan tak tahu apa yang menarik dan nak beli apa di Daiso ni. Jangan risau, jom kita tengok senarai barang unik dan berguna boleh anda dapatkan di Daiso.

Barang Menarik di Daiso

Jom tengok apa barangan yang menarik boleh beli terus daripada Shopee je. Di Shopee disediakan lebih 300 jenis barangan tau. Mungkin tidak sebanyak di kedai fizikal la. 

Puff Sponge Detergent

Puff Sponge Detergent

Ini anda boleh gunakan untuk hilangkan kesan make up lagi-lagi perempuan la. Kalau ada mekap terkena tudung ke. Boleh gunakan barangan ini. Boleh hilangkan kesan tersebut. Beli di pautan ini.

Melamine Sponge

Melamine Sponge

Antara span yang popular di Daiso. Ia adalah span serbaguna. Boleh hilangkan kekotoran kasut, jaket kulit, kushen kulit, cermin, seramik dan banyak lagi. Hanya menggunakan bersama air sahaja. Jika berminat boleh dapatkan disini.

Pipe Drain Cleaner

Pipe Drain Cleaner

Jadi jika paip rumah anda tersumbat dan telah cuba pelbagai cara termasuk pump out tetapi masih tidak berjaya. Mungkin anda boleh cuba non-chlorine based pipe drain cleaner ini. Ianya dapat melancarkan kembali pengaliran air ke luar rumah. Boleh beli disini.

Washable Slipper

Washable Slipper

Ini sliper yang anda boleh pakai di dalam rumah. Nak jaga kebersihan kaki dan juga lantai rumah, boleh pakai selipar rumah ini. Lagipun ianya boleh dibasuh tau. Kalau kotor, boleh masuk. Memang bersih la kan. Beli terus disini.

Touchscreen Winter Gloves

Touchscreen Winter Gloves

Biasa kalau pergi tempat sejuk di luar negara, kena pakai gloves atau sarung tangan kepada yang mereka tidak tahan sejuk. Tapi bila pakai gloves, anda nak gunakan smartphone. Takkan nak tanggal sarung tangan kan. Beli je gloves ini dan boleh guna terus, tak perlu tanggal pun. Ianya boleh digunakan bersama-sama handphone kita.

Rain Coat

Rain Coat

Dengan RM5.90 anda boleh daptkan rain coat di Daiso. Mungkin anda ingin bawa ketika berjalan pulang kerja atau melakukan aktiviti penting ketika hujang. Beli sahaja baju hujan ini. Best.

Daiso Rat Repellent

Daiso Rat Repellent

Kalau rasa rumah banyak tikus dan tidak mahu mereka kembali dan masuk ke rumah. Beli Daiso Rat Repellent di Daiso ni. Ianya akan menghalau tikus daripada masuk ke rumah kita.

Charcoal Dehumidifier

Charcoal Dehumidifier

Kalau rasa nak hilangkan kelembapan di dalam almari atau tempat-tempat terutup. Boleh beli barang di Daiso. Selain itu, boleh hilangkan baru lembap bilik juga. Harga Daiso pun murah. Dapat 800ml ok la kan.

Washing Machine Cleaner

Washing Machine Cleaner

Akhir sekali antara barang yang anda boleh beli di Daiso dan kegunaannya pun baik adalah pencuci mesin basuh. Dalam mesin basuh kita pun kena bersih tau dan barulah baju kita akan bersih. Jadi anda beli sahaja washing machine cleaner melalui Daiso di Shopee

Post a Comment

Previous Post Next Post