Luqman Hakim Disenarai Dalam Anugerah Golden Boy 2020 Bersama Erling Haaland, Greenwood, Sancho Dan Ramai Lagi

Luqman Hakim Disenarai Dalam Anugerah Golden Boy 2020 Bersama Erling Haaland

Siapa sangka, pemain Malaysia kini dipandang dunia apabila Luqman Hakim Shamsudin, 18 telah tersenarai antara 80 calon pemain muda bola sepak lain untuk anugerah Golden Boy 2020.

Kebiasaanya senarai anugerah ini diisi dengan pemain daripada liga-liga utama Eropah dan amat jarang datang daripada luar liga tersebut. Tetapi untuk kali ini, pemain daripada Malaysia yang bermain untuk kelab Malaysia berjaya tersenarai antara yang terhebat di dunia.

Luqman Hakim Disenarai Dalam Anugerah Golden Boy 2020 Bersama Erling Haaland

Tuttosport merupakan akhbar Itali yang juga penganjur bagi anugerah Golden Boy 2020 yang  diadakan secara tahunan. Jika tahun-tahun sebelum ini, kebiasaanya pemenang anugerah ini pastinya datang daripada liga Eropah; Joao Felix (2019), Matthijs de Ligt (2018), Kylian Mbappe (2017) dan Renato Sanches (2016). Setakat ini tiada lagi pemain Asia yang pernah memenangi anugerah ini.

Adakah Luqman Hakim yang pertama?

Luqman Hakim Tersenarai Dalam Anugerah Golden Boy 2020

Jika dibandingkan dengan pencapaian dan kelab yang disertai oleh pemain-pemain muda lain yang turut tersenarai, Luqman Hakim pastinya belum setanding. Jika dilihat persembahan memukau daripada bintang  Borussia Dortmund Erling Haaland, Ansu Fati (Barcelona) dan Mason Greenwood (Manchester United), Phil Foden (Manchester City) dan ramai lagi.

Tapi mungkin Luqman Hakim masih belum diberi peluang untuk beraksi di peringkat Eropah. Kita juga sedia maklum, Luqman baru sahaja menerima tawaran untuk sertai sebuah kelab Belgium, KV Kortrijk untuk musim terbaru kelak. Inilah masanya beliau menyinar dan bersaing bersama pemain mudah berbakat yang lain.

Tersenarai antara pemain hebat ini pastinya 'satu pengiktirafan' buat Luqman Hakim yang pernah menyinar sebelum ini bersama skuad B-19 Kebangsaan dan Selangor 2. Malaysia juga pastinya terima tempias bagi pencalonan beliau tersebut.

Selepas ini, senarai pemain ini akan melalui proses pengundian daripada orang ramai bagi mencari pemenang Golden Boy 2020. Antara senarai lain adalah Callum Hudson-Odoi, Ozan Kabak, Takefusa Kubo, Mohammed Kudus, Pedro Neto, Michael Obafemi, Pedro Neto, Daniel Maldini, Bukayo Saka, Ferran Torres dan ramai lagi.


Jadi jika anda rasakan Luqman Hakim boleh menang untuk anugerah ini, jangan lupa undi beliau yang berada di  senarai nombor 32 melalui pautan ini. Anda tik pada nama Luqman Hakim dan klik Vota adesso.

Luqman Hakim Disenarai Dalam Anugerah Golden Boy 2020 Bersama Erling Haaland

Tahniah buat Luqman Hakim yang kini semakin mendapat tempat bersama pemain hebat yang lain. Semoga Luqman Hakim akan terus berjaya di dalam dunia bola sepak setaraf dengan pemain handalan yang lain.

Post a Comment

Previous Post Next Post