Kowachee Buat Comeback! Tahniah Dinobat Sebagai Juara Ceria Megastar 2020

kowachee Dinobat Sebagai Juara Ceria Megastar 2020

Akhirnya pencarian Juara Ceria Megastar 2020 berakhir dipenghujung apabila Kowachee telah dinobat sebagai pemenang selepas mengalahkan 3 peserta lain.

Ceria Megastar merupakan program pencarian bakat kanak-kanak Ceria Megastar yang telah bermula pada Mac yang lepas lagi. Disebabkan pandemik COVID-19 dan mematuhi Perintah Kawalan Pergerakan (PKP), Ceria Megastar telah hentikan siaran selama hampir 3 bulan.

Selepas dibenarkan semula bersiaran bermula pada PKPP yang lepas, Ceria Megastar bersambung semula bermula 20 Jun yang lepas dan telah disiarkan di Saluran Astro Ceria (611) dan Ceria HD (631) pada jam 9 malam.

Daripada beratus peserta yang datang uji bakat dan kemudian ditapis sehingga 20 peserta sahaja yang layak ke peringkat seterusnya. Untuk yang tidak mengenali lagi, antara peserta yang terlibat dalam Ceria Megastar 2020 ini ialah 2 Devotionz (Eva, Samara), Adam, Adinda, Aliff_Cici, Caspian, Haiqal, Ija, Kowachee, Rafiq Adrianna, Sera, Amira, Aqeesh, El Ranea, Erissa, Hazury, Kalyssa, Nana, Timah, VC dan Yaashwin.

Kesemua mereka ini menampil bakat-bakat tersendiri seperti dalam bidang nyanyian, tarian, human calculator, lakonan, bermain drum, silap mata dan lompat tali.

Selepas beberapa minggu, akhirnya hanya 4 peserta sahaja yang layak untuk ke peringkat akhir Ceria Megastar 2020.

Peringkat Akhir Ceria Megastar 2020 Menampilkan 4 Peserta Hebat

Jadi pada 18 Julai 2020 telah disiarkan secara langsung peringkat akhir Ceria Megastar 2020 yang menampilkan hanya 4 peserta iaitu Ija, Adinda, Nana dan Kowachee. Untuk bakat masing-masing adalah tarian, nyanyian, nyanyian dan tarian.

kowachee Dinobat Sebagai Juara Ceria Megastar 2020

Pada malam tersebut, Nabil Ahmad masih dikekalkan sebagai host dan bersama-sama dengan 2 juri tetapi iaitu Zizan Razak, Ernie Zakri dan juri jemputan Datuk AC Mizal.

Selepas mengharungi dan mempersembahkan bakat masing-masing dipentas, akhirnya diumumkan bagi pemenang antara mereka.

Juara Ceria Megastar 2020 - Kowachee (tarian)
Naib Juara - Nana (Nyanyian)
Tempat Ke-3 - Adinda (nyanyian)
Tempat Ke-4 - Ija (tarian)

Juara Ceria Megastar akan membawa pulang wang tunai bernilai RM25,000 beserta trofi sumbangan Astro. Manakala pemenang tempat kedua dan ketiga pula masing-masing akan memenangi RM15,000 dan RM10,000 beserta trofi. Tempat keempat pula akan menerima hadiah saguhati bernilai RM5,000 beserta trofi.

Penyampaian hadiah pun dibuat dalam norma baharu dengan mematuhi SOP yang ditetapkan. Tahniah Astro dan tahniah kepada semua pemenang!


sumber : astrogempak

Post a Comment

Previous Post Next Post