10 Resepi Masakan Berasaskan Sotong Untuk Dicuba Dihidangkan Di Rumah

10 Resepi Masakan Berasaskan Sotong Untuk Dicuba

Anda ada sotong tapi tak tahu nak masak apa untuk hidangkan dirumah? Jangan risau, anda boleh tengok disini lebih 10 resepi masakan berasaskan sotong untuk anda cuba.

Antara masakan seafood yang popular dan mudah di dapati adalah sotong. Dengan sotong ini pula boleh masak dengan pelbagai jenis masakan dan bukan terhad kepada sotong goreng celup tepung sahaja. Macam-macam boleh masak dengan sotong ni.

Untuk itu, kalau anda tak tahu atau tiada idea untuk sotong masak apa. Anda boleh tengok sini 10 resepi masakan berasaskan sotong untuk anda cuba bagi hidangan di rumah untuk keluarga yang tersayang.

1.  Sotong Goreng Tepung Rangup

Sotong Goreng Tepung Rangup

Bahan-Bahan

  • 1 kig sotong - bersihkan, buang kulit hitam bahagian luar, potong bulat, cuci dan toskan
  • Tambahkan dengan 2 sudu besar cuka epal, gaul hingga rata kemudian ketepikan
*tujuan menambahkan cuka epal adalah utk mengelakkan sotong dari meletup ketika menggoreng. tak perlu susah-susah lap sotong guna tisu atau tuala. Confirm tak meletup.

Bahan Tepung Salutan

  • 10 sudu besar tepung gandum
  • 6 sudu besar tepung jagung
  • 2 sudu kecil serbuk lada hitam
  • 2 sudu kecil serbuk lada sulah
  • Garam
  • Serbuk kunyit
Gaul sebati semua bahan di atas. Dalam bekas lain pukul 2 biji telur hingga kembang

Cara Memasak

  1. Ambil sotong tadi campurkan dengan sedikit garam, serbuk kunyit lada hitam dan lada sulah. Gaul hingga sebati.
  2. Panaskan minyak di dalam kuali hingga cukup panas, masukkan sotong dalam bekas telur kemudian golek-golekkan sotong dalam bekas tepung, pastikan semua bahagian sotong bersalut dengan tepung.
  3. Setelah itu, masukkan sotong satu persatu di dalam kuali, jangan masak terlalu banyak dalam satu-satu masa supaya suhu panas minyak cukup untuk merangupkan tepung salutan tadi. Masak hingga keperangan di dalam api sederhana besar.
  4. Angkat sotong guna penapis besi dan toskan di atas tisu dapur.
  5. Kaut semua kerak-kerak tepung untuk mengelakkan menjadi hangus. Goreng hingga habis.

Sos Pencicah (Pilihan)

Gunakan 3 sudu besar sos thai dan 1 sudu besar mayonese. Kemudian gaul sebati sos, tabur dengan bijan jika suka.

2.  Sotong Goreng Kunyit

Sotong Goreng Kunyit

Bahan-Bahan

  • Setengah kg sotong dan bersihkan dan toskan
  • 1 biji bawang besar - hiris nipis
  • 3 ulas bawang putih - ketuk
  • 2 tangkai cili merah - hiris
  • 7 biji cili api atau ikut kepedasan masing-masing - hiris
  • 1 inci halia - hiris nipis
  • Sebatang serai - ketuk
  • 1 keping asam keping
  • Setengah biji tomato - potong 3 bahagian
  • Serbuk kunyit
  • Garam

Cara Memasak

  1. Panaskan minyak dalam kuali, tumis bawang besar, bawang putih dan serai hingga kekuningan.
  2. Masukkan asam keping, cili merah, cili api dan serbuk kunyit.
  3. Kemudian masukkan sotong dan perasakan dengan garam.
  4. Apabila sotong masak, masukkan tomato dan tutup api
  5. Sedia untuk di hidangkan

3.  Sotong Masak Lemak Cili Padi

Sotong Masak Lemak Cili Padi
via : resepi nanne kuzaifa

Bahan-Bahan

  • 1 kilo sotong segar
  • 2 cawan santan pekat - boleh tambah
  • 1 keping asam keping
  • 2 batang serai di titik
  • Garam secukup rasa

Bahan Ditumbuk Lumat

  • 3 biji cili merah
  • 3 biji bawang merah
  • 2 ulas bawang putih
  • 1/2 inci kunyit hidup
  • 1 inci halia *

Kalau kuah kurang tambah santan dan jika suka pedas tambah lagi cili. Tambah atau kurang bahan-bahan ikut selera sendiri ya

Cara Memasak

  1. Bersihkan sotong dan di potong kecil serta ketepikan semua dulu .
  2. Tumbuk semua bahan sampai lumat
  3. Panaskan minyak secukupnya dalam periuk kemudian tumis semua bahan tumbuk sampai wangi
  4. Masukkan santan, serai dan asam keping
  5. Biarkan kuah mendidih dan masukkan semua sotong, sekali-sekala kacau supaya kuah santan tak pecah minyak
  6. Masukkan garam secukup rasa dan biarkan sampai sotong masak dan boleh la ditutup api dapur.
  7. Sedia dihidangkan

4.  Resepi Sotong Masak Hitam

Resepi Sotong Masak Hitam

Bahan A

  • Sotong
  • Bawang kecil
  • Bawang putih
  • Halia
  • Lengkuas
  • Serai
  • Kunyit
  • Belacan
  • Buah keras

Bahan B

  • Minyak
  • Cili kering - rebus dan kisar
  • Gula (gula tebu atau gula merah atau gula melaka)
  • Air asam jawa
  • Garam
  • Dakwat hitam sotong

Cara Memasak

  1. Bahan bahan A diatas semuanya di kisar
  2. Panaskan kuali
  3. Kemudian masukkan bahan yang dikisar. Tumis sehingga garing.
  4. Masukkan cili kisar. Biar sampai garing lagi. 
  5. Masukkan sotong, garam dan gula secukup rasa.
  6. Masukkan air asam jawa
  7. Akhir sekali picit kan dakwat hitam itu untuk warna hitam nya.
  8. Sedia untuk dihidangkan

5.  Resepi Sotong Sumbat Bakar Thai

Resepi Sotong Sumbat Bakar Thai

Bahan-Bahan

  • Sotong saiz besar
  • Isi udang segengam
  • Telur 1 biji

Bahan-Bahan Sos

  • 5 ulas Cili kecil
  • 4 sudu gula
  • Secubit garam
  • 3 sudu cuka makan
  • 3 ulas bawang putih
  • 2 ulas Bawang merah
  • 2 sudu kecil tepung jagung
  • Sedikit air
  • Hirisan daun ketumbar

Bahan-Bahan Kisar Inti:

  • 1 ulas bawang merah
  • 2 ulas bawang putih
  • 3 hirisan Halia
.

Cara Memasak

  1. Hancurkan isi udang gaul dengan telur dan bahan Kisar.
  2. Sumbat inti tadi dalam sotong, ambil lidi atau apa sahaja yang boleh cucuk untuk tutup sotong dan kepala bersatu
  3. Bakar sotong sumbat tadi, guna pemanggang ajaib sahaja kemudian bila sudah masak potong sedikit tapi buat jangan bagi terpisah
  4. Blender atau tumbuk dan tumis semua bahan, boleh tambah bilangan cili ikut tahap kepedasan yang anda nak, masak sehingga mendidih kuahnya dan taburkan hirisan daun ketumbar.
  5. Curah sos cili di atas sotong, perahkan limau nipis dan Siap untuk dimakan.
  6. Bahan-bahan mengikut kuantiti sotong dan saiz, selamat menjamu selera!

6.  Resepi Rendang Sotong

Resepi Rendang Sotong

Bahan-Bahan

  • Sotong
  • Serai*
  • Cili padi*
  • Bawang merah*
  • Bawang putih*
  • Lengkuas*
  • Kunyit hidup*
  • Kerisik*
  • Daun limau purut*
  • Garam
  • Gula
  • Minyak

Cara Memasak

  1. Kisar semua bahan yang bertanda (*)
  2. Panaskan minyak dalam kuali. Tumis bahan kisar bersama santan. Biarkan memekat. Kacau sebati
  3. Masukkan sotong dan biarkan seketika
  4. Masukkan daun limau purut yang dihiris kasar. Gaul lagi dan perasakan dengan garam dan gula secukup rasa
  5. Tutup api. Sedia untuk dihidangkan

7.  Kerabu Sotong Ala Thai

Kerabu Sotong Ala Thai

Bahan-Bahan

  • Setengah kilo sotong yang besar baru sedap
  • 1 batang serai*
  • 5 biji cili api merah*
  • 1 biji bawang*
  • 1 biji tomato*
  • 2 biji limau nipis
  • Fish sos (Tak dak ni tak power)
  • Daun ketumbar agak-agak sahaja

Cara Memasak

  1. Siang sotong nya sampai bersih, kemudian panaskan api didihkan air. Air dah mendidih masukkan sotong kacau sekejap lebih kurang 4 minit, jangan lama-lama nanti terlalu keras tak sedap.
  2. Dah masak boleh angkat masukkan ke dalam mangkuk besar mudah untuk gaul nanti.
  3. Barang-barang yang tanda (*) potong halus tomato dengan bawang jangan terlalu halus nanti tak sedap.
  4. Masukkan ke semua bahan-bahan yang dah dipotong halus tadi ke dalam sotong.
  5. Masukkan sedikit kicap ikan agak-agak jangan banyak sangat nanti masin.
  6. Masukkan garam dan gula, gaul sebati. Akhir sekali perah limau ikut kesukaan masing-masing nak masam macam mana.
  7. Daun ketumbar patah-patah kan sahaja letak sedikit ke dalam sotong yang dah siap digaul dan untuk hiasan bahagian atas pinggan.

8.  Sotong Goreng Rempah

Sotong Goreng Rempah

Bahan masakan ini dibuat untuk 2 orang makan

Bahan-Bahan

  • Sotong besar 3 ekor
  • 2 ulas bawang putih - tumbuk halus
  • 2 ulas bawang merah - tumbuk halus
  • 2 cm halia (agak-agak) - tumbuk halus
  • 1 sudu kecil garam masala
  • 1 sudu kecil serbuk kari ikan
  • 2 sudu kecil sos tiram
  • 2 sudu kecil minyak masak
  • 2 biji cili (hiris serong)
  • 1 biji tomato (belah 6)
  • Garam dan gula secukup rasa

Cara-Cara

  1. Bersihkan sotong, perap dengan garam masala dan rempah kari ikan
  2. Panaskan minyak masak, goreng sotong sebentar kemudian masukkan bahan yang telah ditumbuk
  3. Goreng sampai naik bau wangi, kemudian masukkan sos tiram, cili dan tomato. Gaul sebati.
  4. Tambah air jika terlalu kering, ikut kesukaan masing-masing jika mahu sotong lebih berkuah. Biarkan renih seketika.
  5. Perasakan dengan garam dan gula ikut selera masing-masing
  6. Siap dihidangkan.

9.  Sotong Masak Kicap

Sotong Masak Kicap

Bahan-Bahan

  • 5-6 ekor sotong size sederhana (di cuci bersih dan di potong)
  • Seulas bawang besar (size sederhana)
  • 2 ulas bawang putih
  • Sebiji cili merah
  • 2 hiris halia di racik halus
  • 1 batang Kulit Kayu manis
  • 3 - 5 butir buah pelaga
  • 2 kuntum bunga lawang
  • 3 sudu besar kicap cair
  • 3 sudu besar kicap pekat
  • 3 sudu besar minyak
  • Garam secukup rasa
  • 2 cawan air

Cara Memasak

  1. Panaskan minyak
  2. Tumis rempah 3 beradik dan halia hingga wangi. Kemudian masukkan bawang merah dan bawang putih
  3. Bila dah berbau wangi, masukkan sotong
  4. Masuk kan kicap cair dan kicap pekat
  5. Gaul rata. Lepastu masukkan air
  6. Tunggu didih, masukkan cili dan garam.
  7. Gaul rata. Tutup api.
  8. Sedia untuk dimakan. Sedap di makan dengan nasi panas.

10.  Sotong Masak Pedas

Sotong Masak Pedas

Bahan-Bahan

  • 6 ekor sotong - dipotong bulat dan dicelur dulu
  • 1 batang serai - dititik
  • 5 biji cili padi - dibelah dua atau dititik
  • 2 batang kacang panjang - dihiris
  • 1 biji tomato - dibelah
  • 4 sudu besar cili giling
  • 1 sudu besar sos tiram
  • 2 sudu besar sos cili
  • 1 sudu besar sos ikan
  • 3 helai daun limau purut
  • Garam dan gula

Bahan Kisar

  • 3 bawang merah
  • 2 bawang putih
  • 1 inci halia

Cara Memasak

  1. Tumis serai dan bahan kisar sampai naik bau. Masukkan juga cili padi.
  2. Masukkan cili giling, sos tiram, sos cili dan sos ikan. Tambah air sikit, masak sampai pekat.
  3. Masukkan kacang panjang dan tomato. Kemudian masukkan sotong dan tunggu sotong masak. Tak perlu lama sebab sotong yang terlebih masak akan jadi keras.
  4. Masukkan garam dan gula.
  5. Akhir sekali, masukkan daun limau purut. Jangan masuk awal nanti pahit.

Tips

  • Boleh gantikan sos tiram dengan sos seafood juga.
  • Daun limau purut tu boleh dibuang tulang dan dihiris halus. Masukkan di hujung masa memasak.
  • Sayuran terpulang nak letak apa ikut selera dan kesesuaian. Atau letak lah apa yang ada dalam peti sejuk tu.
  • Antara pilihan sayuran: kacang buncis, bunga kobis, cendawan butang, putik jagung, lobak merah, kacang peas, cendawan tiram, lada benggala.
  • Resepi ni kalau kurangkan cili giling ke satu atau dua sudu besar je, sama je macam resepi paprik sebab bahan yang sama. Tapi resepi ni memang pedas sebab tu jadi sotong masak pedas.

sumber : OResepi
Baca Juga

0/Post a Comment/Comments

Recommended