Larangan Merokok Dan Minum Minuman Keras Di Taman Rekreasi Kini Dikuatkuasa di Selangor

Larangan Merokok Dan Minum Minuman Keras Di Taman Rekreasi Kini Dikuatkuasa di Selangor

Kerajaan Selangor hari ini mengumumkan larangan merokok dan minum minuman keras di taman permainan serta rekreasi. Ini juga menjadikan Selangor merupakan negeri yang pertama membuat larangan tersebut.

Jika sebelum ini, anda boleh nampak orang awam merokok di taman permainan dan menyebabkan anda tidak selesa untuk beriadah. Jika ditegur pastinya akan merenggangkan lagi hubungan atau mungkin boleh membawa kepada pergaduhan.

Jika minuman keras itu mungkin sedikit sukar untuk kita lihat orang awam minum di taman permainan atau taman rekreasi tetapi merokok itu biasa.

Sekarang, taman permainan dan taman rekreasi akan dipenuhi dengan orang ramai apabila waktu petang bagi lakukan aktiviti bersukan, bermain taman permainan, luangkan masa dengan keluarga dan sebagainya. Jika terdapat asap rokok, pastinya akan memberikan kurang selesa kepada orang sekeliling.

Tidak Lagi Dibenarkan Merokok Di Taman Rekreasi

Larangan Merokok Dan Minum Minuman Keras Di Taman Rekreasi Kini Dikuatkuasa di Selangor

Selangor menjadi negeri pertama di Malaysia yang menguatkuasakan perintah arahan larangan menghisap rokok, rokok elektronik (termasuk vape) dan meminum minuman keras di taman permainan serta taman rekreasi.

Pelaksanaan itu telah bermula pada 14 Julai 2020 dan jika terdapat individu melakukan kesalahan, kompaun boleh dikenakan sehingga RM1000 mengikut Undang-Undang Kecil (UUK) Taman 2005 Pihak Berkuasa Tempatan Negeri Selangor.

Menurut perkongsian Menteri Besar Selangor, YB Dato' Seri Amirudin Shari memberitahu, perintah ini adalah selaras dengan situasi pasca COVID-19 yang menuntut keselesaan dan kesihatan pengunjung.

Para anggota penguatkuasa Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) akan melaksanakan pemantauan berkala di seluruh taman.

Jadi lepas ni, anda jangan sesekali merokok di taman permainan tau termasuk vape juga. Datang taman, pergilah jogging ke main basikal atau aktiviti berfaedah tau.
Baca Juga

0/Post a Comment/Comments

Recommended